Utusan Borneo (Sarawak)

Kesiapsiag­aan warga Medan Timur Tentera Darat sentiasa diberi perhatian: Zamrose

-

KOTA SAMARAHAN: Kesiapsiag­aan warga Medan Timur Tentera Darat sentiasa diberi perhatian dalam usaha memastikan keselamata­n dan pertahanan negara terutama Sabah dan Sarawak berada di tahap tertinggi.

Pangliman Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata, keupayaan, pemerkasaa­n imej dan meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya sebagai perisai negara sentiasa menjadi keutamaan.

“Ia juga bagi mendukung aspirasi dan hasrat panglima Angkatan Tentera dan panglima Tentera Darat dalam memastikan kita menjadi sebuah angkatan dihormati dan disegani serta sentiasa bersedia memastikan keselamata­n dan pertahanan negara ini berada dalam keadaan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Perintah Ulung Panglima Medan Timur Tentera Darat di Padang Kawad Kem Muara Tuang di sini semalam.

Pada masa sama Zamrose mahu perintah ulungnya itu dijadikan teras panduan dalam pengurusan pasukan dan warga tentera demi menjadikan Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat sebuah ketumbukan yang dipercayai, cekap bertindak, dinamik dan mampu mengeksplo­itasi teknologi demi agama, bangsa dan negara.

“Saya juga menyeru seluruh warga tentera di bawah naungan Pemerintah­an Timur untuk bersama memberi penekanan kepada rangkuman teras utama Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera dan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu angkatan profesiona­l, ketumbukan siap siaga, keutuhan organisasi dan memperkasa­kan kualiti hidup dengan mengamalka­n ASAS (Amal, Sistem Pemerintah­an Renjimenta­l, Adaptasi dan Siap siaga),” tegasnya.

Selain itu, beliau turut menyaranka­n pendekatan ‘kembali kepada asas’ dan bangga menjadi anggota tentera dijadikan amalan setiap warga Medan Timur.

Sehubungan itu katanya, Tentera Darat merancang untuk mengadakan Latihan Medan Peringkat Briged di kedua- dua Pemerintah­an Medan yang akan dilaksanak­an serentak pada 2019 sebagai aktiviti utama Hari Ulang Tahun Tentera Darat.

“Di samping itu, selaras dengan tuntutan semasa, panduan strategik ‘TD Army 2 10+ 10’ akan digantikan dengan ‘ Army 4 Next G’ menjurus kepada memperleng­kapkan ketumbukan Tentera Darat di seluruh negara,” ujarnya.

Perbarisan itu disertai 162 pegawai dan 1,516 anggota lain- lain pangkat daripada pasukan di bawah naungan Pemerintah­an Medan Timur Tentera Darat.

Upacara perbarisan diketuai Pegawai Memerintah 4KAD Leftenan Kolonel Shamzaini Misran.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Zamrose (dua kiri) menaiki kenderaan khas memeriksa perbarisan sempena Majlis Perintah Ulung Panglima Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang semalam.
BERSEMANGA­T: Zamrose (dua kiri) menaiki kenderaan khas memeriksa perbarisan sempena Majlis Perintah Ulung Panglima Medan Timur Tentera Darat di Kem Muara Tuang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia