Utusan Borneo (Sarawak)

15 rumah PPRT akan dibina di tiga tempat di Sibu

-

SIBU: Sebanyak 15 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT) akan dibina di tiga tempat berbeza di Sibu.

Ini merangkumi sembilan di penempatan semula Kampung Jerwit, dua di Kampung Sentosa Salim dan empat di Kampung Bahagia Jaya Fasa 4.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata, projek tersebut diberikan kepada mangsa kebakaran Kampung Datu Lama untuk bantuan rumah bina baharu.

“Projek dipohon daripada kerajaan negeri untuk memberi bantuan bina baharu PPRT kepada mangsa kebakaran agar mereka memiliki semula rumah sendiri,” jelasnya pada Majlis Penyerahan Tapak Tanah PPRT semalam.

Sementara itu, Awang Ismail Awang Bunsu, salah seorang mangsa kebakaran bersyukur akan memiliki semula rumah sendiri selepas kediamanny­a musnah dalam kebakaran Kampung Datu Lama lima tahun lepas.

“Terima kasih kepada YB kerana membantu keluarga mangsa kebakaran memohon bantuan rumah,” ujarnya.

Awang Ismail, 59, kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) memberitah­u bahawa dia bertugas di Pelugau, Song ketika kejadian kebakaran berlaku.

“Anak saya yang memaklumka­n kejadian dan saya terus bergegas pulang.

“Namun tiada apa yang dapat diselamatk­an dan tinggal sehelai sepinggang,” jelasnya.

Awang Ismail berkata, selepas kejadian itu, dia dan isteri serta lapan anaknya menyewa rumah di Rantau Panjang.

“Sewa ditanggung kerajaan dan kami membayar bil api dan air.

“Selepas lima tahun, kami akan mendapat semula rumah baharu yang dibina menerusi projek bantuan rumah PPRT,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha.

 ??  ?? SERAH: Dr Annuar (kiri) menyerahka­n surat tawaran kepada salah seorang kontraktor untuk melaksanak­an projek sambil diperhatik­an Awang Yusup (tengah).
SERAH: Dr Annuar (kiri) menyerahka­n surat tawaran kepada salah seorang kontraktor untuk melaksanak­an projek sambil diperhatik­an Awang Yusup (tengah).
 ??  ?? AWANG ISMAIL
AWANG ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia