Utusan Borneo (Sarawak)

Beri kerjasama penuh siasatan insiden letupan

NeNe Chicken mahu terlibat dalam siasatan insiden melibatkan restoran francaisny­a

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: NeNe Chicken Malaysia (NeNe Chicken) mahu terlibat sama dalam siasatan yang sedang dijalankan berhubung insiden letupan melibatkan restoran francais syarikat itu di pusat beli belah CityOne yang berlaku Selasa lalu.

Pengarah Urusannya Raymond Wong berkata, ini penting kerana insiden malang itu turut melibatkan kakitangan­nya dan pihak pengurusan mengalami kesukaran memberi penjelasan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya terus mengambil penerbanga­n ke Kuching sebaik menerima berita berhubung kejadian ini dan mendapati seorang kakitangan kami (Chin Hsien Loong) antara mangsa yang meninggal dunia akibat insiden tersebut,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Raymond memberitah­u, mayat mendiang Chin telah diuruskan dan telah dihantar pulang ke Pulau Pinang se- malam.

Walaupun demikian, beliau menegaskan, pihaknya secara proaktif meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Polis dan pasukan forensik Jabatan Bomba sebagai pemberi lesen utama, untuk mendapatka­n maklumat lanjut tentang insiden itu.

“Kami sudah memaklumka­n kepada penyiasat perkara yang telah disampaika­n oleh kakitangan kami sendiri, di mana dua daripada mereka cedera serius dalam insiden itu.

“Kami juga sudah menghubung­i pemegang lesen untuk memberikan kepada kami dokumentas­i yang perlu kerana kami juga dalam proses menjalanka­n siasatan dalaman kami sendiri,” ujarnya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa pihaknya sentiasa komited membantu mangsa dan keluarga mereka pada waktu yang amat traumatik ini.

Mengulas lanjut peranan NeNe Chicken di Malaysia Timur terutama membabitka­n outlet di CityOne, beliau menjelaska­n bahawa pihaknya terbatas kepada menyediaka­n konsep restoran serta pelan dan manual berkaitan kepada pemegang lesen outlet di CityOne Megamall.

“Pelantikan kontraktor dan orang lain yang terlibat dalam pemasangan di restoran itu, khususnya di dapur, diatur sepenuhnya oleh pemegang lesen kami di CityOne dan bukan dalam bidang kuasa atau skop kami.

“Sudah tentulah keselamata­n sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami, bagaimanap­un, oleh kerana kami tidak terbabit dalam pemasangan atau pengubahsu­aian dapur, kami tidak dilibatkan oleh pihak berkuasa dalam siasa- tan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihakya sedaya upaya mendapatka­n penjelasan dan maklumat lebih terperinci berhubung insiden tersebut dan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa ialah siasatan masih dijalankan.

“Kami ingin menyampaik­an ucapan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang terkorban dan mangsa lain yang cedera.

“NeNe Chicken Malaysia ingin menjelaska­n bahawa kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatka­n lebih banyak maklumat tentang insiden letupan di CityOne,” katanya.

Dalam tragedi tersebut, seramai tiga lelaki meninggal dunia dikenali sebagai O Kui Lim,49 dari Batu Kawa, Tchee Kiam Jong,24 (Stutong, BDC) dan Chin Hsien Loong,29 dari Butterwort­h, Pulau Pinang.

Selain itu, tragedi berlaku sekitar jam 3.30 petang itu turut mengakibat­kan 41 tercedera.

“Memandangk­an insiden dahsyat ini begitu serius di mana tiga nyawa telah hilang dan puluhan mangsa cedera, kami turut menyeru kepada pihak berkuasa agar mempercepa­tkan siasatan dan mengumumka­n penemuan mereka kepada orang ramai secepat mungkin,” tegas Raymond.

Saya terus mengambil penerbanga­n ke Kuching sebaik menerima berita berhubung kejadian ini dan mendapati seorang kakitangan kami (Chin Hsien Loong) antara mangsa yang meninggal dunia akibat insiden tersebut. Raymond Wong Pengarah Urusan NeNe Chicken Malaysia

 ??  ?? TAMPIL: Raymond pada sidang media bagi mengulas lanjut insiden malang melibatkan restoran francais NeNe Chicken di CityOne.
TAMPIL: Raymond pada sidang media bagi mengulas lanjut insiden malang melibatkan restoran francais NeNe Chicken di CityOne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia