Utusan Borneo (Sarawak)

tHe Spring kini dihiasi dan diterangi cahaya Krismas

-

KUCHING: tHe Spring kini dihiasai dan diterangi dengan cahaya Krismas, sekali gus menyediaka­n persekitar­an membeli-belah yang menarik kepada pengunjung mereka sempena musim perayaan Krismas, yang menjelang tiba pada 25 Disember ini.

Bertemakan ‘ Garden of Dreams’, pengurusan pusat beli-belah itu telah memenuhi sebahagian ruang dalam tHe Spring dengan kilauan cahaya yang mencermink­an keceriaan sambutan Krismas dan pelbagai hiasan Krismas yang menakjubka­n.

Justeru, inisiatif tHe Spring itu telah menerima pujian daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian yang menyifatka­n ia amat menarik, yang secara tidak langsung memberi keterujaan khususnya kepada umat Kristian di bandar raya ini untuk menyambut Krismas.

“Tema Krismas di tHe Spring tahun ini amat menarik, yang amat bertepatan dengan sambutan Krismas di mana semua orang menantinan­tikan hadiah sambil meraikan perayaan ini dengan penuh kegembiraa­n bersama keluarga,” katanya semasa melancarka­n tHe Spring Garden of Dream, kelmarin.

Sementara itu, Pengurus Besar tHe Spring, Datin Christine Ling berkata ‘taman’ Krismas yang dibina di pusat beli-belah itu adalah dibawa bersama oleh tHe Spring dan The Northband, Ibraco Berhad.

Menurut beliau, sempena sambutan Krismas, pihaknya turut melancarka­n kempen ‘To You With Love’, sebagai tanggungja­wab sosial korporat mereka menyumbang kepada sebuah badan amal, Hope Place.

“Hasrat kami adalah untuk mencipta impian Krismas kepada setiap keluarga yang berdaftar dengan Hope Place.

“Dengan itu, kami berharap orang ramai yang membeli-belah di sini dapat menyumbang hadiah dan serahkan kepada kakitangan tHe Spring di kaunter khidmat pelanggan sebelum 23 Disember nanti,” katanya.

Menjelas lanjut, Christine berkata setiap orang yang menyumbang hadiah akan turut diberi kad Krismas edisi terhad daripada tHe Spring.

Tambah beliau, pembalutan dan penghantar­an hadiahhadi­ah tersebut juga akan diuruskan oleh tHe Spring.

Dalam pada itu, Christine berkata Bazar Krismas turut dibuka di tHe Spring tahun ini, yang menawarkan pelbagai barangan di mana dengan pembelian RM150 ke atas, pelanggan akan diberi ganjaran penebusan Krismas eksklusif daripada jenama Sasa, Bath & Body Works dan L’Occitane.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia