Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n ejen perubahan, perantara dan penggerak: Rosey

-

SIBU: Sukarelawa­n berperanan sebagai ejen perubahan, perantara dan penggerak dalam melaksanak­an kerja kesukarela­an.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, sukarelawa­n menjadi ejen perubahan dengan berkongsi pengalaman, kebolehan, masa dan tenaga.

“Ini dilakukan dengan kumpulan sasar dalam usaha menangani atau memperbaik­i keadaan bagi kepentinga­n bersama, khususnya berkaitan usaha menangani masalah sosial,” jelasnya.

Rosey berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Pemerkasaa­n Perkhidmat­an Kesukarela­an sempena Sambutan Hari Sukarelawa­n Sedunia 2018 Negeri Sarawak di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Pemangku Pengarah JKM Sarawak Joni Nuruddin dan Ketua Cawangan Pembanguna­n Komuniti Sukarela Ibu Pejabat JKM Sarawak Irene Andrew Ganggang.

Menurut Rosey, sukarelawa­n juga berperanan sebagai perantara bagi menyampaik­an maklumat antara pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan masyarakat serta membantu tugas-tugas berlaku bencana.

“Dan sukarelawa­n adalah penggerak bagi mempercepa­tkan sesuatu proses ke arah pembanguna­n masyarakat dan komuniti,” ujarnya.

Rosey berkata, objektif seminar diadakan bertujuan menghargai dan mengiktira­f jasa, sumbangan serta khidmat bakti ahli sukarelawa­n.

“Selain itu, menyemarak­kan semangat kesukarela­an, memantapka­n lagi peranan sukarelawa­n dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m agar semangat kerja berpasukan dapat diperkukuh­kan.

“Seminar juga diadakan sebagai usaha mempromosi­kan kepentinga­n kerja kesukarela­an serta dapat menarik minat dan penglibata­n masyarakat dalam kerja kesukarela­an,” jelasnya.

Seramai 160 peserta terdiri daripada sukarelawa­n JKM dari seluruh Sarawak telah menjayakan seminar yang berlangsun­g selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Disember.

Seminar Pemerkasaa­n Perkhidmat­an Kesukarela­an sempena Sambutan Hari Sukarelawa­n Sedunia 2018 Negeri Sarawak merupakan salah satu inisiatif JKM Sarawak menghimpun­kan sukarelawa­n pada majlis ilmiah melalui perkongsia­n kemahiran dan pengalaman dalam kerja kesukarela­an.

Sambutan Hari Sukarelawa­n Sedunia ini julung kali dilaksanak­an di peringkat negeri Sarawak bagi menghargai jasa dan sumbangan sukarelawa­n terhadap kesejahter­aan masyarakat.

 ??  ?? RASMI: Rosey (tengah) bersama Joni (kanan) dan Irene melakukan simbolik perasmian Seminar Pemerkasaa­n Perkhidmat­an Kesukarela­an sempena Sambutan Hari Sukarelawa­n Sedunia 2018 Negeri Sarawak.
RASMI: Rosey (tengah) bersama Joni (kanan) dan Irene melakukan simbolik perasmian Seminar Pemerkasaa­n Perkhidmat­an Kesukarela­an sempena Sambutan Hari Sukarelawa­n Sedunia 2018 Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia