Utusan Borneo (Sarawak)

Simoi Peri adakan sesi taklimat bersama tuai rumah dan kapitan

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri mengadakan sesi taklimat bersama tuai rumah dan kapitan untuk menerangka­n situasi politik semasa di Sarawak dan berkisar kepada apa yang sedang dilaksanak­an Kerajaan Sarawak pada masa ini, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga dekat sini, semalam.

Menurutnya, turut dibincangk­an Belanjawan 2019 yang berlaku di kawasan DUN Lingga serta peranan ketua masyarakat dalam memberi komitmen kepada Kerajaan Sarawak.

“Sesi perjumpaan kali ini turut menyentuh tentang Perjanjian Malaysia 1963, OMO 1958, isu-isu semasa di kawasan DUN Lingga dan memaklumka­n kepada mereka bahawa Gabungan Parti Sarawak ( GPS) telah diluluskan pada 19 November lalu dan GPS telah membuat keputusan akan merasmikan gabungan parti tersebut pada 19 Januari depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Simoi turut menggesa ketua masyarakat di DUN Lingga agar terus memberi sokongan kepada kepimpinan negeri dalam memacu lebih banyak pembanguna­n termasuk yang sedang rancak dilaksanak­an di DUN Lingga.

“Sebagai wakil rakyat anda di kawasan ini, pihak kerajaan negeri amat mengharapk­an sokongan padu rakyat agar bersama- sama kepimpinan negeri bergerak seiring dalam memastikan Sarawak terus membangun,” tegasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Lingga Mohd Yusuf Lugom serta ahli PBB yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia