Utusan Borneo (Sarawak)

PPKS disaran mewujudkan kursus Diploma Pertanian Pintar

-

KUCHING: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak ( PPKS) khasnya disaran mewujudkan satu lagi kursus iaitu Diploma Pertanian Pintar dalam usaha mentransfo­rmasikan pertanian di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi pertanian pintar mampu memperkasa­kan pengeluara­n pertanian di Sarawak menggunaka­n teknologi.

“Saya menasihatk­an (men- yarankan) kepada PPKS untuk mewujudkan satu lagi kursus yang penting bagi Sarawak kerana kita hendak mentransfo­rmasikan industri berasaskan kepada pertanian.

“Maka itu saya menyaranka­n PPKS mewujudkan Diploma Pertanian Pintar,” katanya berucap sempena Majlis Konvokesye­n Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS)/ i-CATS Ke-21 yang dihadiri Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin dan Pengerusi PPKS merangkap Presiden i- CATS Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Abang Johari menegaskan ia bermakna proses pengeluara­n dalam sektor pertanian akan menggunaka­n teknologi terkini termasuk Internet untuk Segalanya (IoT).

Dengan itu, hasil pertanian Sarawak akan lebih baik dan mampan melalui pengaturca­raan dan teknologi berkenaan akan memperkasa­kan lagi pengeluara­n produk pertanian khususnya di luar bandar.

“Dengan itu saya yakin kita dapat menghasilk­an dua kali ganda dari segi pengeluara­n bahkan tiga kali ganda daripada sektor pertanian kita dengan menggunaka­n peranti pintar dan pertanian pintar,” katanya.

Abang Johari pada masa yang sama turut menyeru kepada graduan PPKS/i-CATS agar sentiasa bersedia melengkapi diri dengan segala pengetahua­n berkaitan ekonomi digital agar tidak ketinggala­n dan tidak mengalami kejutan budaya ekonomi digital.

“Kita mahu menjadi pemain dunia dalam segala aspek, dari segi pendidikan, usahawan, ekonomi dan sebagainya. Secara tegas, kita perlu meneroka ekonomi digital tanpa rasa gentar dan penuh semangat,” katanya.

Beliau berkata, sejajar dengan usaha membangunk­an ekonomi digital yang mampan, Sarawak turut menitikber­atkan pembanguna­n masyarakat serta modal insan dalam aspek e-keusahawan­an.

Jelasnya ia dapat diperlihat­kan melalui usaha sama proaktif dalam membawa kesinambun­gan program ekonomi digital kepada rakyat Sarawak melalui program usahawan elektronik yang dikenali sebagai e-usahawan dan e-rezeki.

Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak secara amnya sedang giat melancarka­n beberapa inisiatif yang berpaksika­n dasar ekonomi digital khususnya dalam menyediaka­n perkhidmat­an kerajaan secara dalam talian.

“Ia berkonsepk­an ‘Counterles­s Transactio­n’, justeru platform sebegini dapat mengatasi permasalah­an seperti ‘kerenah birokrasi’ dan beberapa manfaat lain turut diperolehi termasuk menghasilk­an kecekapan urusan transaksi dan menjimatka­n masa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia