Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan pendayaupa­yaan penting perangi dadah

Termasuk rancang, gerak, laksana program pendidikan pencegahan, rawatan, pemulihan dalam komuniti

- Oleh Connie Sylvia Mesa

BEKENU: Pendekatan pendayaupa­yaan dalam pembanguna­n komuniti merupakan antara program penting dalam memberi pengetahua­n dan kefahaman mengenai bahaya dadah, selain meningkatk­an kesedaran masyarakat setempat terhadap peranan serta tanggungja­wab masing- masing bagi memerangi dadah habis-habisan.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, program berkenaan termasuk merancang, menggerak dan melaksanak­an program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan dalam komuniti.

“Malah, kawasan Bekenu, Subis di sini telah dipilih sebagai kawasan Perangi Dadah Habis- Habisan ( PDH) 3.0 tahun 2018, yang memerlukan gerakan komuniti melalui kursus Training of Trainers (TOT) Combat-Drugs Abuse Prevention Strategy (DAPS) agar peranan komuniti lebih jelas dan berterusan sebagai ahli sukarelawa­n Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan aktif dalam Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Subis,” jelasnya.

Rosey berkata demikian pada Majlis Penutupan Kursus TOT Combat-DAPS Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 Bekenu dan Pelancaran Penubuhan Jawatankua­sa Sehenti Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Peringkat Daerah Subis di Dewan Masyarakat Bekenu di sini petang semalam.

Menurut Rosey, pendekatan pendayaupa­yaan komuniti merupakan salah satu elemen dalam merealisas­ikan kempen PDH yang diketuai AADK.

“Justeru, program TOT Combat DAPS yang dianjurkan ini juga amat bertepatan dengan kehendak kempen PDH yang diisytihar­kan pada sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada 28 Februari 2016 di Daerah Lawas.

“Hasrat murni kita ini pasti dapat direalisas­ikan sekiranya kita bersama memainkan peranan dalam usaha kita memerangi dadah demi menyelamat­kan bukan sahaja ahli keluarga kita, malah masyarakat setempat dan bangsa kita,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu turut berharap para peserta yang telah mengikuti kursus TOT Combat DAPS berkenaan memperoleh pengalaman dan ilmu yang dapat memberi impak positif dan membantu mewujudkan negara bebas dadah khususnya di kawasan Bekenu.

Sementara itu, antara objektif penganjura­n kursus selama dua hari itu adalah bagi mengaktifk­an peranan pemimpin komuniti dengan memberi pendedahan mengenai trend dan ancaman dadah semasa yang perlu ditangani bersama.

Selain itu, ia turut meningkatk­an kesedaran pemimpin komuniti untuk merangka strategi dan menyediaka­n pelan tindakan mengikut keperluan dan trend penyalahgu­naan dadah, di samping memberi latihan dan teknik melibatkan ahli komuniti.

Turut hadir Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri dan Pemanca Ali Mudin.

Malah, kawasan Bekenu, Subis di sini telah dipilih sebagai kawasan Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) 3.0 tahun 2018, yang memerlukan gerakan komuniti melalui kursus Training of Trainers ( TOT) Combat-Drugs Abuse Prevention Strategy (DAPS) agar peranan komuniti lebih jelas dan berterusan sebagai ahli sukarelawa­n Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan aktif dalam Persatuan Mencegah Dadah

Subis. ” Malaysia (PEMADAM) Daerah Rosey Yunus Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? ROSEY
ROSEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia