Utusan Borneo (Sarawak)

UPP mengadakan EDC, Sabtu ini

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan mengadakan Persidanga­n Delegasi Luar Biasa (EDC) pada Sabtu ini yang bakal menghimpun­kan para delegasi dan pemerhati dari seluruh Sarawak.

Program yang bermula jam 9.30 pagi di Crown Square itu akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku tetamu khas seterusnya merasmikan persidanga­n kelak.

Dalam pada itu, persidanga­n yang dijangka terakhir untuk UPP sebelum ia mengalami transforma­si nama dan logo turut dihadiri Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh, Timbalanny­a Datuk Dr Jerip Susil dan Ketua Pemuda Dr Johnical Rayong Ngipa.

Manakala Datuk Ranum Mina dan Datuk Tiong Thai King dijangka tidak hadir kerana berada di luar negara atas urusan rasmi.

Sumber dalaman parti menyebut, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bawang Assan serta Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang serta Menteri Kewan- gan Kedua dijangka mengumumka­n nama dan logo baharu bagi menggantik­an UPP.

Pembaharua­n tersebut sejajar dengan anjakan paradigma serta senario terkini politik tanah air khasnya di Sarawak dan mencermink­an sebuah parti yang dinamik, progresif, parti berbilang kaum serta terbuka kepada semua peringkat umur dan tanpa mengira pangkat serta darjat.

Sehubungan itu, pelbagai program turut disusun bagi melancarka­n atur cara EDC serta pelancaran nama dan logo parti bagi menggantik­an UPP.

 ??  ?? YUSSIBNOSH
YUSSIBNOSH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia