Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja tangkap, pindah anjing terbiar terus dipergiat di semua pekan

-

KUCHING: Kerja menangkap dan memindahka­n anjing terbiar akan terus dipergiatk­an di semua pekan di Sarawak bagi mengekang penularan virus rabies.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata virus rabies masih gagal dikekang sehingga kini.

Malah menurut Uggah, satu lagi kes kematian direkodkan Selasa lepas menjadikan 13 kes kematian setakat ini.

“Saya mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa terbaharu rabies dan saya ingin menekankan bahawa kita akan memperbaik­i dan meningkatk­an lagi publisiti mengenai virus rabies ini.

“Nampaknya mangsa terbaharu seperti tidak peka tindakan yang perlu diambil selepas digigit anjing dan menganggap­nya sebagai perkara biasa.

“Malangnya, gigitan tersebut berakhir dengan kematian yang menyedihka­n,” ujar Uggah yang bersimpati dengan kejadian tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembang­an terkini wabak rabies di negeri ini pada sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Terdahulu Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Susulan kes terbaharu rabies kelmarin, Uggah sekali lagi menasihati orang ramai supaya mencuci luka selepas digigit anjing atau kucing dan segera merujuk ke klinik atau hospital berdekatan.

“Sekarang kita ada klinik rabies di semua hospital dan segera dapatkan rawatan jika digigit anjing atau kucing,” katanya.

Uggah turut mengingatk­an doktor swasta supaya menasihati mangsa gigitan anjing atau kucing yang mendapatka­n rawatan daripada mereka untuk merujuk ke hospital kerajaan.

Beliau turut menasihati pemilik anjing supaya tidak melepaskan anjing peliharaan mereka kerana sasaran terus dibuat untuk memindahka­n anjing terbiar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia