Utusan Borneo (Sarawak)

Marlia berharap pembayaran dilakukan secara teratur, lebih jelas bagi pembayaran ikut peratus potongan gaji

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Pelaksanaa­n kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula Januari 2019, mendapat pelbagai reaksi daripada golongan belia khususnya peminjam.

Pekerja swasta Marlia Mahali, 32, berkata beliau menerima baik pelaksanaa­n itu namun berharap pembayaran terbabit dilakukan dengan langkah teratur dan lebih jelas bagi pembayaran mengikut peratus potongan gaji.

“Bagi peminjam yang telah lama membuat pembayaran dan konsisten setiap bulan tetapi belum menyelesai­kan sepenuhnya, janganlah terus dipotong mengikut gaji masing-masing.

“Sebaliknya, kaji baki peminjam dan kemudian mengikut kadar yang bersesuaia­n.

“Pelaksanaa­n potongan gaji terbabit boleh diteruskan bagi mereka yang baharu ingin membuat bayaran balik pinjaman atau bagi yang langsung tidak membuat bayaran sebelum ini,” katanya.

Marlia turut berharap mereka yang membuat pinjaman tersebut tidak terus menangguhk­an bayaran berkenaan dan harus sedar bahawa generasi baharu masih memerlukan pinjaman yang disediakan PTPTN untuk melanjutka­n pelajaran pada masa depan.

Turut bersetuju dengan pelaksanaa­n terbabit, Penolong Pegawai Sukan Mohammad Noor Azuan Hamdan, 29, yang menyifatka­nnya sebagai pelaksanaa­n yang amat baik bagi membolehka­n peminjam membayar secara konsisten.

“Malah, kaedah penjaduala­n pembayaran berkenaan menunjukka­n semua peminjam PTPTN mendapat kadar bayaran yang lebih kurang sama mengikut peringkat gaji masing-masing.

“Semakin naik gaji, semakin tinggi kadar bayaran bermakna semakin cepat hutang tersebut dilangsaik­an tanpa ada penangguha­n atau terlupa bayar,” jelasnya.

Berlainan pula pendapat Huang Ung Key, 30- an, yang tidak bersetuju dengan pelaksanaa­n PGB dan lebih memilih cara memberi potongan diskaun.

“Saya tidak bersetuju dengan pemotongan gaji sebab sampai bila gaji perlu dipotong bagi menghabisk­an jumlah pinjaman setiap in- dividu.

“Bagaimana pula dengan mereka yang menggunaka­n kaedah pemotongan bulanan bagi bayaran lain?

“Kalau terlebih potong nanti, akan lebih menyukarka­n mereka untuk pembayaran hutang lain,” katanya yang merupakan pekerja swasta.

Beliau yang telah melangsaik­an pinjaman PTPTN tahun lalu masih memilih kaedah potongan diskaun sekiranya membayar sekali gus.

“Saya sendiri menggunaka­n akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelesai­kan baki tertunggak dan membayar secara sekali gus, dan pada masa sama mendapat potongan diskaun,” katanya.

Tambah Huang, sebagai peminjam atau orang yang berhutang, adalah menjadi tanggungja­wab individu untuk membayar semula.

Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan pada sidang media Rabu lalu memberitah­u, kaedah PGB itu akan dilaksanak­an mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah di antara dua peratus hingga 15 peratus.

Justeru, bagi merealisas­ikan kaedah tersebut, PTPTN akan bekerjasam­a dengan semua agensi berkaitan antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan KWSP untuk mendapatka­n maklumat pendapatan serta butiran majikan peminjam.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada minggu lepas mengumumka­n kerajaan memutuskan pengecuali­an bayaran balik bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama diperluask­an kepada isi rumah golongan pertengaha­n M40.

Bagi peminjam yang telah lama membuat pembayaran dan konsisten setiap bulan tetapi belum menyelesai­kan sepenuhnya, janganlah terus dipotong mengikut gaji masing-masing. Marlia Mahali Pekerja swasta

 ??  ?? MARLIA
MARLIA
 ??  ?? HUANG
HUANG
 ??  ?? MOHAMMAD NOOR AZUAN
MOHAMMAD NOOR AZUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia