Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah bayaran balik PTPTN secara potongan berjadual wajar dilihat semula

-

KUCHING: Kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan berjadual (PGB) kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) sewajarnya dilihat semula.

Ia dilihat mungkin sesuai dikenakan kepada peminjam yang baharu mula membayar atau peminjam tegar yang bertahun-tahun tidak mahu membayar balik pinjaman mereka.

Tinjauan Utusan Borneo malahan mendapati ada yang berpendapa­t dengan kaedah berkenaan ia mungkin tidak adil kepada peminjam yang sudah membayar dan mempunyai jumlah tersendiri setiap bulan tetapi perlu membayar jumlah berbeza sekiranya kaedah dilaksanak­an.

Vitcsy Michael Niob, 39, berkata kaedah itu tidak dinafikan memang pendekatan yang baik agar peminjam membayar balik pinjaman mereka mengikut peratusan ditetapkan.

“Namun pada masa yang sama kita harus memikirkan bahawa mereka yang telah bertahun membayarny­a dengan jumlah yang ditetapkan sama setiap bulan mengikut peraturan yang telah ditandatan­gani.

“Ia seolah-olah mengubah peraturan berkenaan dan kepada mereka yang telah membayar jumlah sama sebagai contoh RM100 lebih setiap bulan tetapi dengan peratusn dikenakan, mereka perlu membayar jumlah berbeza… pada saya ia tidak adil.

“Pendekatan peratusan ini mungkin sesuai kepada mereka yang baharu bermula mahu membayar atau peminjam yang betul-betul tegar yang telah bertahun tidak membayar sesen pun kepada PTPTN,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Vitcsy yang juga bekas peminjam PTPTN berkata, sebagai contoh dia yang sebelum ini telah menandatan­gani perjanjian bersama PTPTN lebih RM140 selama 15 tahun.

Sekiranya pelaksanaa­n pendekatan itu dikenakan kepada peminjam yang telah membayar selama ini, maka ia seolah-olah melanggar perjanjian yang ditandanga­ni.

“Saya sebelum ini telah membayar pinjaman selama 15 tahun dengan jumlah yang sama sehingga selesai namun bagi mereka yang separuh telah membayar tiba-tiba mereka perlu membayar jumlah lain dalam setiap bulan, maka ia tidak adil,” katanya.

Namun katanya, dia tidak jelas sama ada pelaksanaa­n pendekatan PGB berkenaan hanya kepada mereka yang baharu mula membayar atau kepada semua peminjam.

Vitcsy berharap pihak berkaitan meneliti semula pendekatan itu agar ia hanya dikenakan kepada mereka yang baharu sahaja mula membayar dan tidak mengganggu peminjam yang telah mula membuat bayaran selama ini.

Sementara itu, Melanie, 31 berkata, baginya kaedah diperkenal­kan itu adalah lebih baik kerana memudahkan peminjam untuk menjelaska­n hutang PTPTN.

“PGB yang dilaksanak­an dan mengikut peratusan yang ditetapkan ada adil sekiranya peminjam mempunyai tanggungan lain.

“Pada saya pendekatan itu wajar kerana ia hanya beberapa peratus sahaja daripada gaji,” katanya sambil berharap kerajaan akan memberikan lebih banyak potongan bayaran kepada peminjam yang membayar secara konsisten.

Sependapat dengan Melanie, Siti Nuraini Bashar Mohamad Yusuf, 22, berkata pendekatan diperkenal­kan itu satu kaedah baik kepada peminjam.

“Adil atau tidak, sudah pasti memang tidak adil tetapi dengan kos sara hidup yang tinggi kini mustahil bagi mereka untuk meneruskan hidup. Ini kerana lain orang lain tanggungan­nya.

“Bagi saya RM40 bayaran balik kepada mereka yang bergaji RM2,000 adalah murah berbanding jumlah yang dipinjamka­n setiap bulan,” katanya yang bekerja sebagai pembantu peribadi. BINTULU: Seorang lelaki warga asing yang giat menjalanka­n kegiatan mencuri motosikal di bahagian ini dicekup sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semasa sedang menunggang motosikal di Jalan Permy, Miri pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Zulkipli Suhaili berkata, dalam Operasi Lejang jam 5 pagi kelmarin untuk mengesan dan menangkap suspek-suspek curi kenderaan khususnya motosikal, pihak polis telah melakukan risikan dan berjaya menahan seorang warga asing berumur 36 tahun yang sedang menunggang sebuah motosikal di Jalan Permy, Miri.

Katanya, hasil semakan mendapati motosikal yang ditunggang suspek adalah motosikal yang dilapor hilang pada 2 Disember lepas di Bintulu.

“Penahanan suspek membawa kepada penemuan dua motosikal lagi yang dipercayai hasil curi di daerah Bintulu,” ujarnya dalam kenyataan di sini semalam.

Susulan itu beliau berkata, suspek dan motosikal rampasan telah dibawa ke Balai Polis Pusat Bintulu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu membabitka­n kesalahan mencuri kenderaan jenis motosikal.

Beliau berkata, sabit kesalahan mencuri kenderaan memperuntu­kkan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun.

Jelasnya, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan semasa pemeriksaa­n yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua- duanya sekali dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam kali sebatan.

 ??  ?? BUKTI: Motosikal yang dirampas daripada suspek.
BUKTI: Motosikal yang dirampas daripada suspek.
 ??  ?? VITCSY MICHAEL NIOB
VITCSY MICHAEL NIOB
 ??  ?? SITI NURAINI
SITI NURAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia