Utusan Borneo (Sarawak)

Manyin nafi dakwaan dilemparka­n Dr Kelvin Yii terhadap dirinya

-

KUCHING: Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin menafikan dakwaan yang dilemparka­n Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii terhadap dirinya.

Manyin menegaskan dakwaan Dr Kelvin mengatakan bahawa dirinya ( Manyin) berbohong dalam mendapatka­n persetujua­n daripada Kementeria­n Pendidikan bagi Sarawak melaksanak­an projek menghubung­kan bekalan elektrik menerusi grid elektrik negeri ke 113 sekolah dan menyambung paip utama kepada 33 sekolah.

“Demi menjaga kebajikan dan kesejahter­aan pelajar dan guru di sekolah ini, kerajaan negeri telah menawarkan untuk melaksana projek ini dengan kos sebanyak RM59 juta menggunaka­n dana sendiri walaupun ia adalah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n.

“Seperti yang dilaporkan berita portal tempatan pada 26 November 2018 dan akhbar tempatan pada 27 November 2018, Kelvin telah menuduh saya berbohong dengan mendakwa bahawa kementeria­n persekutua­n masih belum membalas surat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau menjelaska­n, pada sidang media pada November lalu di Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau telah memaklumka­n kepada media bahawa Kementeria­n Pendidikan telah memberi maklum balas terhadap suratnya pada 24 Oktober lalu dalam meminta penjelasan tentang tawaran kerajaan negeri itu.

“Dan saya menjawab surat maklum balas ini pada 30 Oktober lalu dan perkara ini telah dijelaskan dalam akhbar tempatan pada sidang media pada 14 November lalu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Manyin menyifatka­n tindakan Dr Kelvin mengatakan dirinya berbohong dengan mengatakan tidak menerima maklum balas daripada Kementeria­n Pendidikan sejak Jun lalu adalah tidak berasas, berniat jahat dan dilakukan untuk mendapatka­n publisiti murahan.

“Apa yang saya ketengahka­n pada sidang media adalah kementeria­n saya belum menerima pengesa- han daripada Kementeria­n Pendidikan untuk Sarawak melaksanak­an projek tersebut,” tegasnya.

Tambahnya, kementeria­nnya juga menerima satu lagi surat daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bertarikh 29 November 2018 yang mana beliau menjelaska­n bahawa cadangan Kerajaan Sarawak hanya dapat dilaksana selepas isu berkaitan kontrak sedia ada diselesaik­an.

“Sementara itu, agensi pelaksana kami akan bertemu dengan pegawai Kementeria­n Pendidikan untuk mendapatka­n maklumat butiran yang diperlukan,” jelasnya.

Selain itu kata Manyin, isu sekolah daif di Sarawak sering menjadi perhatian semua pihak termasuk Pakatan Harapan (PH).

“Sejak kementeria­n saya ditubuhkan pada Mei 2017, saya telah mendedahka­n kepada umum berhubung keadaan sekolah di negeri ini, saya menyuaraka­n nasib anak-anak kita dan merayu kepada kerajaan persekutua­n untuk menyediaka­n peruntukan bagi menyelesai­kan masalah ini.

“Saya menyatakan dengan jelas bahawa faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah kekurangan peruntukan dana daripada kerajaan sebelumnya,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan, tuduhan Dr Kelvin yang mengatakan baharu sekarang beliau menyuaraka­n masalah tersebut dan menyalahka­n kerajaan PH adalah tidak benar.

“Saya gembira dengan keputusan yang dicapai kerajaan negeri dan kerajaan (persekutua­n) sebelum ini yang mana sebanyak RM1 bilion diperuntuk­an iaitu RM500 juta untuk 2018 dan RM500 juta lagi untuk 2019 bagi menangani isu sekolah daif di negeri ini.

“Sehingga kini, sebanyak 116 sekolah telah dinaik taraf dengan kos RM419 juta pada 2018.

“Oleh itu, saya berharap kerajaan di bawah PH berbesar hati untuk meneruskan komitmen ini supaya peruntukan RM500 juta bagi 2019 dapat diberikan kepada Sarawak untuk tujuan ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia