Utusan Borneo (Sarawak)

Martabat percukaian tanggungja­wab kolektif masyarakat

Masyarakat diseru tunai tanggungja­wab percukaian bagi tingkat tahap pematuhan cukai negara

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Pematuhan cukai dan memartabat­kan perundanga­n percukaian merupakan satu tanggungja­wab kolektif masyarakat, kata Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Sarawak Cawangan Sibu Dr John Tensay Peter Raig.

Beliaumeny­erumasyara­kat dapat bersama-sama LHDNM mendorong masyarakat yang lain melaksanak­an tanggungja­wab percukaian masing-masing bagi meningkatk­an tahap pematuhan cukai di negara ini.

“Pada masa yang sama, LHDNM akan berusaha memudahkan urusan percukaian dengan mewujudkan satu sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang mudah, cepat, cekap, efisien, telus dan berintegri­ti agar sistem percukaian itu akhirnya dilihat sebagai satu aset komuniti yang sewajarnya dipelihara,” ujarnya semasa berucap merasmikan Seminar Percukaian (SPK) Kebangsaan 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Seramai 284 peserta terdiri daripada pengamal percuka-

Pada masa yang sama, LHDNM akan berusaha memudahkan urusan percukaian dengan mewujudkan satu sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang mudah, cepat, cekap, efisien, telus dan berintegri­ti agar sistem percukaian itu akhirnya dilihat sebagai satu aset komuniti yang sewajarnya dipelihara. Dr John Tensay Peter Raig Pengarah LHDNM Sarawak Cawangan Sibu

ian dan institusi kewangan menghadiri seminar selama sehari itu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah LHDNM Sarawak Cawangan Sibu Gabriel Storie.

Seminar dikendalik­an Timbalan Pengarah Bahagian Konsultasi Galakan Cukai, Jabatan Dasar Percukaian LHDNM Suhaini Anuar dan Pengarah Bahagian Audit Majikan, Jabatan Pematuhan Cukai LHDNM Paul Sarip.

Dr John berkata, sejajar dengan keutamaan pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan, LHDNM juga akan memastikan hasrat dan perancanga­n kerajaan dapat dilaksanak­an melalui Belanjawan 2019.

“Belanjawan kali ini satu belanjawan yang memberi fokus mengurangk­an hutang negara dan mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi Malaysia demi kesejahter­aan rakyat dan pembanguna­n negara,” tegasnya.

LHDNM jelasnya, sebagai pentadbir cukai utama negara sentiasa bersedia melaksanak­an amanat yang telah diberi dalam bajet 2019.

Ini terutamany­a, jelas Dr John, memastikan Program Khas Pengakuan Sukarela mencapai objektif yang telah ditetapkan, selain memastikan individu yang memiliki sebarang kekayaan luar biasa menerusi pemilikan mewah seperti barang kemas, jam tangan, beg tangan, kereta mewah atau hartanah telah mematuhi undang-undang percukaian di negara ini.

Bercakap mengenai SPK, beliau memberitah­u, seminar ini telah diadakan sebanyak 36 kali sejak ia diperkenal­kan buat kali pertama pada 1984.

“Pada tahun ini, SPK telah dilaksanak­an di 24 lokasi yang berbeza termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan bagi memastikan seminar ini dapat dimanfaatk­an semua golongan pembayar cukai yang berada di seluruh pelosok negara,” katanya.

SPK merupakan salah satu program pendidikan percukaian yang dianjurkan LHDNM pada setiap tahun dan diadakan sebaik sahaja selesai pembentang­an belanjawan tahunan.

Ia adalah medium untuk memberi pendedahan berhubung maklumat terkini tentang pindaan undangunda­ng berkaitan percukaian kepada badan-badan profesiona­l, pengamal-pengamal percukaian, para majikan dan rakyat.

Pada PRK itu, Suhaini membentang­kan secara terperinci berhubung pindaanpin­daan peruntukan yang berkaitan dalam akta di bawah pentadbira­n LHDNM serta kesan- kesan timbul susulan daripada pindaan tersebut.

Paul pula membentang­kan peranan LHDNM dalam menyediaka­n pelbagai kemudahan bagi memudahkan orang ramai melaksanak­an tanggungja­wab mereka sebagai pembayar cukai dan pemahaman yang lebih lanjut tentang cukai.

 ??  ?? BELAJAR: Para pengamal percukaian semasa menghadiri SPK di Sibu, semalam.
BELAJAR: Para pengamal percukaian semasa menghadiri SPK di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia