Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki rugi RM3,000 garagara iklan palsu

-

SIBU: Seorang lelaki kerugian RM3,000 selepas terperdaya dengan urusan mudah tanpa perlu menggunaka­n slip gaji dan dokumen penyata bank untuk membeli kereta yang diiklankan melalui media sosial.

Insiden itu berlaku apabila pengadu, seorang buruh berumur 27 tahun, melayari Facebook dan tertarik dengan iklan penjualan kereta jenis sedan di salah satu laman penjualan kereta pada 10 November lepas.

Pengadu kemudian menghubung­i nombor yang diiklankan dan berurusan dengan seorang penjual yang hanya dikenali sebagai Mr Tai.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek memberitah­u pengadu hanya dikehendak­i membayar deposit sahaja.

“Pada 13 November lalu, pengadu telah berjumpa dengan Mr Tai untuk menyerahka­n deposit wang tunai berjumlah RM3,000 kepada suspek yang juga disaksikan ahli keluarga pengadu di Dewan Suarah dekat sini,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, pengadu disuruh menunggu lima hari untuk mendapatka­n kereta tersebut.

Apabila tempoh lima hari sudah tiba, pengadu cuba menghubung­i supek tetapi gagal dan berasa ditipu.

Stanley berkata, pengadu telah membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, di mana suspek memperdaya­kan pengadu untuk menyerahka­n wang bagi tujuan pembelian kereta yang tidak wujud.

 ??  ?? KENALI SEJARAH: Ipoi (dua kiri) bergambar dengan wakil penerima bersama jurnal yang diterima semalam.
KENALI SEJARAH: Ipoi (dua kiri) bergambar dengan wakil penerima bersama jurnal yang diterima semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia