Utusan Borneo (Sarawak)

Chen santuni ibu tunggal serba daif

-

KANOWIT: Kesulitan hidup gara- gara ketiadaan bekalan elektrik serta kedaifan hidup yang dihadapi Sudan Timbang di Ulu Ranan telah mendapati perhatian Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Kanowit George Chen yang berkunjung ke rumahnya, kelmarin.

Beliau turut ditemani Setiausaha PKR Cawangan Kanowit Suzy Buah serta ahli parti sebaik masalah yang dihadapi itu disiarkan dalam akhbar tempatan Selasa lepas.

Chen pada kunjungann­ya itu turut menghulurk­an sumbangan RM1,000 kepada Sudan bagi kegunaan membina bahagian depan rumahnya yang usang.

Beliau turut menjamin akan membawa perkara itu kepada pihak atasan untuk bantuan serta perhatian lanjut.

“Saya akan cuba membawa perkara ini kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Segala dokumen yang berkaitan telah diserahkan kepada saya untuk menyokong permohonan Sudan ini,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, Chen berharap Sudan yang juga seorang ibu tunggal diberikan bantuan lain yang sewajarnya.

Sementara itu, Sudan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n atas kehadiran Chen serta rombongan yang bersungguh-sungguh mahu membantuny­a.

“Tidak lupa terima kasih kepada Ambrose Neli yang merupakan seorang ahli parti yang telah membawa Chen serta memperluas­kan berita tentang penderitaa­n yang saya hadapi ini,” tambahnya.

 ??  ?? BANTU: Chen (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Sudan sambil disaksikan yang lain.
BANTU: Chen (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Sudan sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia