Utusan Borneo (Sarawak)

EPassport dibangunka­n bersama JIM dan Datasonic Technologi­es Sdn Bhd

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerima Anugerah Dokumen Pengenalan­an Diri Serantau Terbaik bagi tahun 2018, satu pengiktira­fan bagi ePassport Malaysia yang berinovati­f dan terulung dalam kelasnya tersendiri.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dan Pengarah Eksekutif Datasonic Steven Ng menerima anugerah itu di Hanoi, Vietnam, pada Selasa, semasa Persidanga­n Pencetakan Keselamata­n TInggi Global Asia 2018, dari 3 hingga 5 Dis, menurut kenyataan yang dikeluarka­n pada Rabu bagi pihak Datasonic Group Berhad.

ePassport dibangunka­n bersama oleh jabatan itu dan Datasonic Technologi­es Sdn Bhd, anak syarikat Datasonic.

“Ia merupakan pengiktira­fan kepada kecanggiha­n teknikal luar biasa sesebuah dokumen dan bagi menggalakk­an yang terbaik dalam sistem infrastruk­tur serta pelaksanaa­n skim pasport kerajaan atau kad pengenalan,” menurut kenyataan itu.

Sebagai negara pertama di dunia yang membangun dan memperkena­lkan ePassport pada 1998, versi

Ia merupakan pengiktira­fan kepada kecanggiha­n teknikal luar biasa sesebuah dokumen dan bagi menggalakk­an yang terbaik dalam sistem infrastruk­tur serta pelaksanaa­n skim pasport kerajaan atau

pengenalan.” kad Kenyataan JIM

baharu ePassport Malaysia dilancarka­n pada November 2017 telah memperting­katkan ciri keselamata­n, termasuk cip yang tertanam dalam halaman butiran peribadi polikarbon­at.

Kedudukan cip baharu ini, berbanding dengan kedudukan sebelum ini di kulit belakang, menyukarka­n pemalsuan maklumat dan membolehka­n data dibaca dengan lebih mudah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia