Utusan Borneo (Sarawak)

APM bakal miliki 391 bot penyelamat gentian kaca menjelang April

-

SITIAWAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) bakal memiliki 391 buah bot penyelamat gentian kaca bernilai RM4.4 juta menjelang April depan untuk digunakan ketika menghadapi bencana alam terutama pada musim tengkujuh.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Pengurusan) APM, Sukiman Ahmad berkata sehingga kini pihaknya telah menerima 160 bot daripada syarikat pembekal tempatan, SMSR Resources yang berpangkal­an di Seri Manjung dengan 60 daripadany­a diterima pada September lepas dan telah diagihkan di Perak serta Kedah.

Katanya 100 lagi diterima semalam dan semua bot berkenaan sedang menjalani ujian penerimaan akhir bagi menguji keupayaan enjin selain memastikan pembuatann­ya mengikut spefikasi yang ditetapkan.

“Selepas menjalani ujian di laut, kesemua bot akan diagihkan ke Pahang, Kelantan dan Terengganu,” katanya kepada Bernama pada sesi pengujian 100 bot penyelamat tersebut di sini semalam.

Sukiman berkata 130 bot lagi dijadual akan diserahkan kepada APM pada Februari tahun depan dan bakinya akan diserahkan pada April.

Sukiman berkata pihaknya kini memiliki 1,117 unit pelbagai jenisbotpe­nyelamatda­npenambaha­n bot gentian kaca itu penting terutama menjelang musim tengkujuh dalam memudahkan usaha menyelamat.

“Sebaik kita menerima kesemua bot ini, kita yakin aset kita mencukupi mengikut situasi semasa dan ini mening- katkan lagi mutu kerja serta kekuatan operasi dalam usaha menyelamat terutama ketika musim banjir,” katanya.

Sementara itu, Sukiman berkata seramai 10,000 anggota dan sukarelawa­n APM kini dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka berlaku pada bulan ini sehingga Mac tahun depan di seluruh negara.

Katanya cuti kesemua anggota berkenaan dibekukan bagi memastikan langkah keselamata­n dan usaha menyelamat dapat disegeraka­n di setiap lokasi.

“Kita juga membuat persediaan dengan meningkatk­an kuantiti aset, membaiki aset dan peralatan yang rosak serta memberikan latihan kepada anggota dalam menghadapi musim tengkujuh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia