Utusan Borneo (Sarawak)

EPassport jadi kebanggaan rakyat Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pasport Malaysia terus menjadi kebanggaan rakyat apabila diiktiraf sebagai yang berinovati­f dan terulung dalam kelasnya tersendiri melalui anugerah ‘Regional ID Document of the year 2018’ yang diterimany­a di Persidanga­n Pencetakan Keselamata­n Tinggi Global Asia 2018 di Hanoi, Vietnam pada Selasa.

Sebagai negara pertama di dunia yang membangun dan memperkena­lkan ePassport pada 1998, versi baharu Pasport elektronik (ePass- port) Malaysia dilancarka­n pada November 2017 telah dilengkapi ciri keselamata­n yang dipertingk­atkan, termasuk cip yang terbenam dalam halaman butiran peribadi polikarbon­at.

ePassport itu dibangunka­n bersama oleh Jabatan Imigresen Malayisa dan Datasonic Technologi­es Sdn Bhd.

Pekerja swasta Zainizam Mohd Daud, 45, berkata selain memudahkan perjalanan ciri-ciri keselamata­n yang canggih menjadikan pasport Malaysia sukar di- palsukan pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Kita semua tahu bahawa pasport menjadi nadi kepada rakyat Malaysia apabila berada di luar negara, malah menjadi identiti bagi setiap warganegar­a lain juga ketika berada di negara ini.

“Ia juga amat memudahkan pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen sendiri untuk mengesan semua maklumat berkenaan pemegang pasport melalui cip keselamata­n,” katanya.

Penjawat awam, Masnor Mastor, 39, turut berbangga dengan pencapaian dan pengiktira­fan pasport elektronik Malaysia di peringkat antarabang­sa.

“Sudah pasti elemen keselamata­n adalah ciri utama yang dititikber­atkan setiap negara dan pengiktira­fan ini menjadi contoh kepada negara lain.

“Rakyat turut berasa selamat apabila data peribadi dilindungi dengan baik malah ia diperakui sebagai satu produk inovatif yang canggih secara teknikalny­a,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia