Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Sungai Melayu gempar saksikan simulasi banjir

-

ISKANDAR PUTERI: Penduduk Kampung Sungai Melayu di sini menjadi gempar apabila sekumpulan lelaki dan wanita dalam sebuah rumah bot di Sungai Melayu tiba-tiba menjerit meminta tolong, awal pagi semalam.

Beberapa minit kemudian, kelihatan tiga bot masingmasi­ng milik pasukan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menghampir­i bot berkenaan bagi menyelamat­kan mangsa yang terkandas.

Suasana bertukar panik apabila seorang daripada mangsa lelaki terjatuh ke dalam sungai sebelum dibantu pasukan polis dan bomba yang pantas bertindak menyelamat.

Itu adalah adegan sebahagian daripada simulasi Latih Amal Ex-Banjir Kontinjen Johor 2018 yang berlangsun­g selama 30 minit, melibatkan kira-kira 100 pegawai dan anggota dari tiga agensi berkenaan.

Latihan berikut dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dengan kerjasama JBPM, APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Turut hadir menyaksika­n simulasi itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Pengarah JBPM Johor Datuk Yahaya Madis dan Pengarah APM negeri Kolonel Mat Zin Bujang.

Sementara itu, Mohd Khalil berkata setiap agensi yang terlibat menjayakan simulasi berkenaan mempunyai kepakaran tersendiri dan tanggungja­wab masing-masing.

Oleh itu, dengan latihan seumpama ia boleh mengeratka­n kerjasama sesama anggota dan pegawai dari agensi berlainan dalam menghadapi sesuatu keadaan seperti banjir yang memerlukan kerjasama erat.

“Kita punya fasa sebelum, semasa dan selepas dalam simulasi itu yang penting bagi memberi gambaran sebenar sekali gus memastikan semuanya teratur dan kita bersedia untuk menghadapi segala kemungkina­n sekiranya banjir berlaku,” katanya kepada pemberita selepas selesai menyaksika­n simulasi berkenaan.

Tambahnya, latihan itu juga dilakukan bagi melihat tempoh bertindak agensi yang terlibat sekaligus memastikan tindakan dapat dilakukan dengan segera. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIAP SIAGA: JPBM, APM bersiap sedia di bot masing-masing ketika melakukan latihan simulasi banjir pada Majlis Penutup Latihamal Ex- Banjir Polis Kontinjen Johor 2018 di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Melayu, semalam.
— Gambar Bernama SIAP SIAGA: JPBM, APM bersiap sedia di bot masing-masing ketika melakukan latihan simulasi banjir pada Majlis Penutup Latihamal Ex- Banjir Polis Kontinjen Johor 2018 di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Melayu, semalam.
 ??  ?? KENANGAN: Mohd Khalil (baris dua, tengah), Yahaya dan Mat Zin bergambar bersama anggota yang terlibat dalam latihan simulasi banjir pada Majlis Penutup Latihamal Ex- Banjir Polis Kontinjen Johor 2018 di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Melayu, semalam.
KENANGAN: Mohd Khalil (baris dua, tengah), Yahaya dan Mat Zin bergambar bersama anggota yang terlibat dalam latihan simulasi banjir pada Majlis Penutup Latihamal Ex- Banjir Polis Kontinjen Johor 2018 di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Melayu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia