Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengurus kedai serbaneka 24 jam didakwa pecah amanah

-

IPOH: Bekas Pengurus Kedai Serbaneka 24 jam, Wan Fatihah Nadzrin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 40 pertuduhan pecah amanah membabitka­n RM68,463.35 pada Mei dan Julai tahun lepas.

Wan Fatihah, 25, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim S Indera Nehru.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengurus cawangan kedai 7Eleven Persiaran Kuala Kangsar, didakwa menggunaka­n kod pin dari mesin MOLPay antara RM1,300 hingga RM1,900 untuk pembelian barang peribadi secara dalam talian tanpa pengetahua­n majikannya di Persiaran Kuala Kangsar di sini.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dikenakan ikat jamin berjumlah RM56,000 kerana ia membabitka­n kerugian besar terhadap syarikat kedai serbaneka berkenaan.

Bagaimanap­un, peguam Zaim Zhafri Azhar yang mewakili Wan Fatihah memohon jaminan dikurangka­n atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibunya yang merupakan ibu tunggal manakala suaminya dalam proses mencari pekerjaan selepas berhenti kerja sebagai pemandu lori.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM28,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 18 Januari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PECAH AMANAH: Wan Fatihah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ipoh, semalam atas 40 pertuduhan pecah amanah membabitka­n RM68,463.35 pada Mei dan Julai tahun lepas.
— Gambar Bernama PECAH AMANAH: Wan Fatihah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ipoh, semalam atas 40 pertuduhan pecah amanah membabitka­n RM68,463.35 pada Mei dan Julai tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia