Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan

-

KUALA LUMPUR: Kes Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi 17 pertuduhan membabitka­n pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan gagal mengemukak­an penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumka­n bahawa Mahkamah Tinggi telah mengarahka­n agar pertuduhan yang dihadapi oleh isteri bekas perdana menteri itu dipindahka­n.

Ketika sebutan semula kes itu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, Sri Ram turut memaklumka­n pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanap­un tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.

Turut kelihatan di galeri awam ketika sebutan semula kes berkenaan ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Mohd Ashman.

Pada 29 November lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarka­n permohonan Rosmah yang diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent untuk memindahka­n kes itu daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Pada 4 Oktober lepas, Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahka­n penyata pendapatan kepada LHDN.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148 Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan Jun 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Atas pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4( 1)( a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLAT- FPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Atas pertuduhan bersabit LHDN, Rosmah gagal mengemukak­an penyata pendapatan seperti mana yang diperuntuk­kan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah bertentang­an dengan Seksyen 112 akta sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia