Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Perak tumpas makmal dadah, rampasan bernilai RM35 juta

-

KAMPAR: Polis Perak melumpuhka­n satu sindiket memproses dadah pelbagai jenis selepas menyerbu sebuah stor dan sebuah premis yang dijadikan makmal mini memproses dengan merampas dadah terbabit bernilai keseluruha­n RM35 juta dan menahan empat ahli sindiket pada Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata makmal mini tersebut berselindu­ng di sebalik premis pangsapuri di Taman Kolej Perdana di sini manakala tempat penyimpana­n dadah terletak di sebuah stor di kawasan Perindustr­ian Gopeng.

“Empat lelaki warga tempatan berumur 26 hingga 39 tahun yang berada di stor semasa operasi pada 7.45 malam, 4 Dis turut ditahan dan direman bermula semalam ( kelmarin) hingga 11 Dis ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Turut dirampas sebanyak 676 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang telah dipek. Rampasan dadah ini dipercayai untuk pasaran tempatan dan antarabang­sa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini semalam.

Serbuan tersebut dilakukan dengan kerjasama JSJN Bukit Aman dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Kata Mohmad, siasatan lanjut mendapati keempatemp­at mereka negatif dadah namun dua daripada mereka memiliki rekod jenayah bersabit dadah.

Rentetan itu, pihaknya telah membuat serbuan kedua di sebuah pangsapuri yang dijadikan makmal mini dan menemui pelbagai jenis dadah berserta peralatan memproses dadah pada jam 1 pagi (Rabu).

“Tiada tangkapan dibuat namun kita berjaya mer- ampas 20.4kg heroin, 2.6kg syabu, 3.6kg heroin ‘base’, 4,000 biji pil erimin 5, 187kg serbuk dan cecair bahan kimia serta sejumlah peralatan memproses dadah.

“Dalam kedua-dua operasi itu juga, kita turut menyita tiga kenderaan dan sejumlah barang kemas yang dianggarka­n bernilai RM320,000,” katanya.

Menurut beliau lagi, hasil maklumat risikan pihaknya percaya sindiket berkenaan yang dikesan telah sebulan beroperasi menggunaka­n modus operandi dengan menggunaka­n kawasan kilang kosong yang seakanakan tidak beroperasi.

Dalam pada itu Mohmad berkata statistik rampasan syabu di seluruh negara tahun ini adalah sebanyak 3.8 juta tan iaitu catatan terbesar direkodkan sejak JSJN ditubuhkan dan jumlah itu melebihi jumlah rampasan untuk empat tahun sebelumnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Mohmad Salleh (tengah) menunjukka­n pelbagai jenis dadah yang dirampas, pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, Kampar, semalam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Mohmad Salleh (tengah) menunjukka­n pelbagai jenis dadah yang dirampas, pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar, Kampar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia