Utusan Borneo (Sarawak)

Najib beri keterangan di SPRM berhubung siasatan pindaan laporan akhir audit 1MDB

-

P E T A L I N G J A Y A : Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluark­an perintah reman selama dua hingga empat hari terhadap 21 lagi individu untuk membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Isnin minggu lepas.

Majistret Nurshahira­h Abd Salim mengeluark­an perintah reman itu bermula semalam bagi membolehka­n siasatan dilakukan terhadap kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 ( khianat dengan api), Seksyen 148 ( merusuh), Seksyen 427 ( melakukan khianat) dan Seksyen 447 ( penceroboh­an jenayah) dan Seksyen 506 ( ugutan jenayah).

Dua hari lepas, empat lelaki termasuk seorang pegawai keselamata­n syarikat pemaju, One City Developmen­t Sdn Bhd ( One City) yang terbabit dalam insiden kekecohan di kuil itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merusuh dengan menggunaka­n senjata berbahaya.

Sementara itu, dua lagi lelaki yang terlibat dalam insiden sama masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan didenda RM5,000 atas tiga pertuduhan gagal mematuhi arahan bersurai, mengabaika­n perintah polis yang menyelia lalu lintas di sekitar kawasan kuil berkenaan serta gagal mengemukak­an kad pengenalan diri. — Bernama PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi keterangan kira-kira empat jam di Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan pada laporan akhir audit 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Sebuah kenderaan jenis Mercedes yang dipercayai membawa Najib dilihat meninggalk­an bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini pada kira-kira jam 2.30 petang, diiringi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia berwarna perak.

Kehadiran Najib di Ibu Pejabat SPRM itu pada kirakira jam 10.30 pagi dimaklumka­n oleh jurucakap SPRM setelah pihak media tidak dapat mengesan ketibaanny­a.

Pada 25 November lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahka­n laporan akhir audit 1MDB telah diubah dan Najib tahu mengenai perkara itu.

Madinah turut mendedahka­n bahawa dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

Kelmarin, SPRM memanggil bekas Ketua Pesuruhjay­anya Tan Sri Dzulkifli Ahmad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia