Utusan Borneo (Sarawak)

Penagih jangan malu untuk mendapatka­n rawatan

-

KUANTAN: Mereka yang terjebak dalam penagihan dadah dinasihatk­an untuk tidak malu mendapatka­n rawatan, kerana terdapat pelbagai bentuk bantuan disediakan.

Walaupun sukar untuk pulih, ia bukan perkara yang mustahil kerana terdapat pelbagai program disediakan di pusat pemulihan, yang juga menerapkan pengisian kerohanian dibantu dengan sokongan anggota keluarga.

Seorang bekas penagih yang mahu dikenali sebagai Naim, 24, mengakui bahawa sukar untuk dia meninggalk­an ketagihan terhadap syabu selepas terjebak pada usia 19 tahun, atas alasan mahu mencuba dan pengaruh rakan.

“Pada awalnya saya memang menolak bila diajak rakan, namun lama-kelamaan berasa tertarik... saya juga berasa lebih fokus dan bertenaga untuk bekerja semasa mula mengambil syabu sehingga akhirnya ketagih.

Keluarga langsung tidak tahu saya menjadi hamba syabu. Selama empat tahun saya dapat menyembuny­ikannya, sehingga akhirnya saya terdetik mahu berubah kerana tidak tahu berapa lama lagi saya boleh berterusan begini.

“Sukar untuk saya berterus terang dengan keluarga, terutamany­a ibu semasa saya meminta dihantar ke pusat pemulihan. Syukur mereka tidak terus menyisihka­n saya selepas diberitahu walaupun berasa kecewa,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

Naim yang sudah dua tahun bebas dadah ditemui pada Program ‘Rasulullah di Hatiku’ bersama Kes-kes Pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah yang menghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini, selama 11 bulan pada tahun 2016 juga berterima kasih kepada kesanggupa­n keluargany­a melawat beberapa kali, tanpa sedikit pun merungut tentang wang yang dihabiskan.

“Sebagai bekas pelatih PUSPEN, saya tahu perasaan pelatih baharu. Jadi saya bersyukur apabila dipilih untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya bahagian agama di PUSPEN Sungai Ruan, Raub kerana dapat menggunaka­n pengalaman sendiri.

“Pengisian agama banyak membantu saya sebelum ini, menjadikan saya lebih tenang dan bersemanga­t untuk pulih. Sudah tentu, semangat melawan dadah lebih kuat jika mendapat sokongan keluarga,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR: Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Rujhan Ramli bersalam dengan pelatih pemulihan dadah ketika hadir majlis Program Rasulullah di Hatiku sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR: Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang, Rujhan Ramli bersalam dengan pelatih pemulihan dadah ketika hadir majlis Program Rasulullah di Hatiku sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia