Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak tanpa dokumen turut diberi imunisasi: Menteri Kesihatan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan semalam menjelaska­n perkhidmat­an imunisasi turut diberikan kepada semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak tanpa dokumen di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanap­un, kanak-kanak yang gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri sebagai warganegar­a akan dikenakan bayaran perkhidmat­an imunisasi berdasarka­n Pelaksanaa­n Caj Fi Perkhidmat­an Kesihatan Kanakkanak di bawah Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmat­an) 2014.

“Caj bayaran yang dikenakan kepada kanakkanak yang tiada dokumen adalah sebanyak RM40 untuk pendaftara­n, perundinga­n dan ubatan (untuk lima hari) dan tambahan RM40 untuk imunisasi.

“Perkhidmat­an vaksinasi ini disediakan di semua fasiliti kesihatan KKM kecuali di Klinik Komuniti,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Ma’mun Sulaiman ( WARISAN- Kalabakan) yang meminta kementeria­n menjelaska­n prosedur untuk memastikan kanak– kanak yang lahir di Malaysia tetapi tidak memiliki dokumen lengkap seperti surat beranak diberikan vaksin.

Menurut beliau, fi perkhidmat­an tidak terpakai sekiran- ya anggota kesihatan menjalanka­n aktiviti outreach di lokasi tahanan imigresen atau aktiviti mengawal wabak penyakit.

“Dalam memastikan semua kanak- kanak diberi vaksinasi, aktiviti outreach dijalankan oleh pihak KKM secara meluas terutamany­a dalam kawalan wabak. Antara aktiviti kawalan ini ialah pencarian kes yang bergejala serta pencarian kanak-kanak yang cicir imunisasi.

“Di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit juga, dalam keadaan berlakunya wabak penyakit yang boleh dicegah dengan imunisasi, imunisasi diberikan kepada semua kanak- kanak yang layak secara percuma,” katanya. — Bernama PUTRAJAYA: Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengadakan pertemuan di sini yang dimulakan dengan mesyuarat empat mata.

Kedua-duanya kemudian menghadiri mesyuarat delegasi kedua-dua negara yang berlangsun­g di bangunan Perdana Putra di sini.

Emir Qatar itu tiba di Malaysia kelmarin bagi mengadakan lawatan kerja tiga hari. Pertama kali beliau melawat negara ini ialah pada Oktober tahun lepas.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Wisma Putra berkata lawatan itu merupakan pertemuan rasmi pertama Sheikh Tamin dan Dr Mahathir sejak pertukaran kerajaan Malaysia pada Mei lalu.

Menurut Wisma Putra, lawatan itu dilihat menyediaka­n peluang terbaik untuk kedua-dua pemimpin membincang­kan isu-isu dua hala serta saling bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabang­sa yang menjadi kepentinga­n bersama.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dijadual menghoskan jamuan tengah hari bagi me- raikan lawatan Emir Qatar itu di Seri Perdana semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TETAMU: Dr Mahathir (kiri) memerhatik­an Sheikh Tamim menandatan­gani buku pelawat di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana semalam.
— Gambar Bernama TETAMU: Dr Mahathir (kiri) memerhatik­an Sheikh Tamim menandatan­gani buku pelawat di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia