Utusan Borneo (Sarawak)

Penggabung­an FELDA-FELCRA spekulasi, terpulang pada kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Cadangan menggabung­kan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) hanya satu spekulasi, kata Pengerusi FELDA Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

Menurutnya sehingga hari ini beliau tidak pernah menerima apa- apa arahan daripada kerajaan mengenai penggabung­an kedua- dua lembaga tersebut.

“Ini cuma spekulasi sahaja, namun perkara ini juga terpulang pada kerajaan (sama ada gabung atau tidak), fokus utama kita di Felda kini hanya mahu meningkatk­an tahap dan kemampanan FELDA pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis konvokesye­n Kolej Yayasan FELDA di sini.

Megat Zaharuddin diminta mengulas laporan sebuah akhbar kewangan mingguan baru-baru ini yang berkata kerajaan akan membentang- kan Kertas Putih mengenai FELDA di parlimen yang dijangka mengandung­i cadangan untuk memulihkan pengurusan kewangan dan tadbir urus dalam FELDA.

Satu daripada cadangan ini adalah kemungkina­n penggabung­an dengan FELCRA.

Terdahulu di dalam ucapan perasmiann­ya, Megat Zaharuddin tidak menafikan bahawa banyak perkara yang berlaku kepada FELDA di tahun-tahun sebelum ini telah memberi implikasi negatif dan kegelisaha­n di kalangan masyarakat.

Katanya FELDA kini sedang berusaha bagi menyelesai­kan semua isu yang melanda dan meminta jang- ka masa selama dua tahun bagi memperbaik­i kembali FELDA.

“Saya bersama lembaga dan pengurusan FELDA perlu tempoh dua tahun bagi memulihkan FELDA, dengan bantuan semua pihak di dalam FELDA kami yakin usaha kita pasti akan berjaya kelak,” tambahnya. — Bernama

Salahuddin yang ditemui pemberita di lobi parlimen berkata beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh Polis Ibu Pejabat Daerah Muar kelmarin, bagi membantu siasatan.

Katanya beliau tidak mengenali identiti suspek dan difahamkan, suspek telah ditahan reman pihak polis.

“Yang penting sekarang saya nak tahu apakah motif sebenar, saya tidak pernah

Yang penting sekarang saya nak tahu apakah motif sebenar, saya tidak pernah berkelahi dengan orang, tidak bermusuh tapi tiba-tiba terima ugutan seperti ini. Datuk Salahuddin Ayub Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

berkelahi dengan orang, tidak bermusuh tapi tiba-tiba terima ugutan seperti ini,” katanya sambil menambah ia kali pertama perkara seumpama itu berlaku terhadapny­a.

Terdahulu, timbalanny­a Sim Tze Tzin berkata, Salahuddin telah menerima ugutan bunuh berbentuk nota ugutan dan bangkai seekor anak lembu di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Simpang Jeram, Johor pada 2 Disember lepas, dan kementeria­n telah membuat laporan polis sebaik menerima ugutan itu.

Katanya, pihak kementeria­n juga menunggu hasil siasatan polis bagi mengetahui motif sebenar suspek berbuat demikian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Megat Zaharuddin (kiri) menyampaik­an sijil kepada pelajar cemerlang Nur Athira Azeera Mamat di Menara FELDA di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Megat Zaharuddin (kiri) menyampaik­an sijil kepada pelajar cemerlang Nur Athira Azeera Mamat di Menara FELDA di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia