Utusan Borneo (Sarawak)

Senario politik di Perak bukan kemelut dalaman parti: Mukhriz

-

ALOR SETAR: Senario politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan ( PH) di Perak ketika ini bukanlah kemelut dalaman parti atau pun cubaan untuk menumbangk­an Menteri Besar, sebaliknya mungkin suatu usaha untuk menukar kerajaan sedia ada kepada Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berpandang­an bahawa tidak ada manamana pun kepimpinan PH di negara ini termasuk di Perak, yang sanggup melakukan sesuatu yang akan menjejaska­n kedudukan parti sebagai kerajaan yang memerintah.

“Kita kena faham UMNO sekarang jadi pembangkan­g jadi dalam senario politik di Perak mungkin ada usaha bukan nak tumbangkan Menteri Besar tapi tukar kerajaan balik kepada sisa- sisa BN, saya tidak pastilah BN wujud ke atau tidak lagi.

“Sebab itu saya tidak terlalu bimbang kononnya berlaku keretakan hubungan keempat-empat parti komponen di Perak, saya yakin setiap kepimpinan yang ada di Perak termasukla­h Menteri Besar sendiri begitu komited mengukuhka­n perpaduan dalam PH Perak,” katanya selepas menyampaik­an bantuan persekolah­an pada program ‘Back To School’ Peringkat Negeri Kedah di sini semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai situasi politik Perak di mana Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari, yang didakwa merancang untuk membuat undi tidak percaya bagi menjatuhka­n Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Menyifatka­n bahawa suhu politik di Perak masih dalam keadaan stabil, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata beliau amat yakin dengan kepimpinan Ahmad Faizal dalam menguruska­n situasi itu secara berdiploma­si.

“Keupayaan Menteri Besar Perak menguruska­n keadaan itu sangat berdiploma­si, cara beliau mengendali­kan belanjawan mendapat sambutan baik semua pihak jadi saya tidak nampak yang ianya akan timbulkan masalah baik dalam jangka pendek atau panjang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar kesepakata­n yang sedia wujud antara keempat-empat parti komponen PH mestilah sentiasa dipelihara agar tiada pihak yang berjaya mengganggu­gugat mana- mana kerajaan PH termasuk di Perak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia