Utusan Borneo (Sarawak)

Disyaki mencuri, lelaki direman tiga hari

-

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes terdapat pihak ingin menjatuhka­nnya.

Katanya beliau tidak mempunyai masalah untuk memberi keterangan setakat pengetahua­nnya memandangk­an beliau tidak mengetahui dengan jelas isu yang dibangkitk­an Ketua Pembangkan­g Datuk Saarani Mohamad sebelum ini.

“.... kerana saya tak tahu apa cerita (isu menjatuhka­n menteri besar), jadi saya cuma boleh beritahu apa yang saya tahu, apa yang saya baca,” katanya ketika diminta mengulas laporan SPRM Perak telah membuka kertas siasatan dan akan menjalanka­n siasatan mengenai perkara berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Tahun 2018 yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Zainal Azman Abu Seman di sini semalam.

Kelmarin Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Dr Abdul Aziz Bari telah memberi keterangan selama dua jam kepada SPRM Perak mengenai isu fitnah menjatuhka­n menteri besar negeri itu.

Selasa lalu, Saarani semasa perbahasan Belanjawan 2019 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri seolaholah menggambar­kan Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi sebagai dalang komplot untuk menjatuhka­n menteri besar.

Bagaimanap­un, Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak menafikann­ya dan menyifatka­n tuduhan Saarani sebagai satu ‘cerita kartun’ serta gimik murahan untuk menarik perhatian dalam politik. — Bernama MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki mencuri sebuah beg berisi pelbagai barangan milik seorang wanita supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Kasyfurrah­man Abang Ali setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Johnny Mathew Jang dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Johnny memberitah­u, seorang lelaki berusia 38 tahun dari Piasau Jaya 2 di sini telah ditangkap sekitar jam 12.40 pagi, 5 Disember lalu di tepi Jalan Raja di sini. DALAT: Seorang budak lelaki bawah umur berjaya ditangkap berhubung satu kes ceroboh masuk sebuah rumah di Jalan Lebai Gemok, Kampung Bom, Oya dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 3.15 petang Sabtu lalu, pengadu, 56, mendapati kediamanny­a telah dipecah masuk dan barang-barang di dalam rumah berselerak.

Semasa pengadu tampil membuat laporan polis di

Tangkapan ke atas suspek dilakukan berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang wanita di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 24, mendakwa sekitar jam 8 malam, 24 November lalu, beliau telah meletakkan keretanya di hadapan sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam berhampira­n sebuah bank di sini lalu tidur di dalam keretanya itu.

Apabila terjaga sekitar jam 3.15 pagi, pengadu ternampak dua lelaki masuk ke dalam keretanya dan mengambil sebuah beg miliknya yang berisi pelbagai barang termasuk empat unit telefon bimbit, dua unit ‘power bank’ dan kunci pejabat. balai, isteri pengadu menghubung­i pengadu kerana ternampak dua budak lelaki keluar dari bilik rumah mereka.

Menurut isteri pengadu, dua suspek dipercayai bawah umur itu memasuki rumah mereka melalui tingkap.

Tiada kerugian dilaporkan selepas pemeriksaa­n.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Roslan Leman berkata, pihaknya yang bertindak

Dalam permohonan lanjutnya Johnny memberitah­u, reman empat hari ke atas suspek mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan.

Tambahan polis masih memerlukan masa untuk merujuk suspek ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri bagi menjalani ujian saringan air kencing serta mengesan rakan sepenjenay­ah suspek yang masih bebas.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari dan tempoh reman ke atas suspek akan tamat pada 8 Disember ini.

Warga Brunei didenda kerana miliki dadah

atas maklumat telah berjaya menahan seorang budak lelaki berumur 13 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Hilir Tengah, Oya pada 1.30 petang keesokanny­a.

“Siasatan awal pihak polis mendapati suspek dipercayai memasuki rumah pengadu bersama seorang rakan sebaya semasa kejadian,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, rakan suspek masih bebas dan sedang dikesan polis. MIRI: Seorang lelaki warga Brunei didenda RM8,000 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ali setelah Yee Chuen Kong mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapny­a mengikut 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan sebat tidak kurang dari tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine seberat 2.00 gram (berat bersih).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 pagi, 3 Ogos lalu di sebuah rumah di Jalan Jee Foh 8, Krokop di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia