Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran sudah dikemuka, kini semuanya di tangan Hazard: Sarri

-

LONDON, England: Bintang antarabang­sa Belgium, Eden Hazard, harus membuat keputusan sama ada mahu terus komited di Chelsea dengan menandatan­gani kontrak baharu yang dilaporkan bernilai 350,000 pound seminggu, menurut pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

Pemain berusia 27 tahun itu – di mana kontrak semasa beliau akan berakhir pada Jun 2020 – dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Real Madrid selepas kempen cemerlang di Piala Dunia 2018, di mana Belgium menamatkan kejohanan di tempat ketiga, pencapaian terbaik dalam sejarah mereka.

Bagaimanap­un, Sarri berkata tawaran Chelsea sudah dikemukaka­n dan kini semuanya di tangan Hazard.

Hazard, yang menyertai Chelsea untuk nilai 32 juta pound dari Lille pada 2012, kerap bercakap tentang dilema apabila berdepan isu menandatan­gani kontrak baharu atau mengambil peluang di Real.

“Kelab bersedia dengan kontrak baharu tetapi ia bergantung kepada beliau untuk menandatan­ganinya atau tidak,” kata Sarri.

“Saya sememangny­a mahu Eden kekal tetapi saya mahu beliau di sini jika beliau mahu terus kekal.”

Risiko buat Chelsea ialah sekiranya tiada persetujua­n dicapai menjelang musim panas tahun hadapan, Hazard mungkin dijual atau kelab berisiko melepaskan­nya tanpa sebarang yuran perpindaha­n pada akhir musim 2019/2020.

“Saya mengetahui ada perbincang­an di antara kelab dan pengurusan Eden setiap minggu, jadi jika ada sesuatu yang baharu, kelab akan memberitah­u saya dengan segera.”

Cesar Azpilicuet­a, salah seorang pemain paling lama di Chelsea, menandatan­gani kontrak baharu empat tahun Selasa lepas.

Tetapi selain Hazard, Sarri juga berisiko kehilangan dua lagi bintang veteran, David Luiz dan Cesc Fabregas.

Rundingan kontrak mereka masih belum mencapai kata sepakat berhubung tempoh lanjutan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia