Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada sebarang rundingan diadakan untuk berkongsi anjur Piala Dunia 2020: Qatar

-

DOHA, Qatar: Qatar tidak pernah mengadakan sebarang rundingan dengan negara lain di Teluk untuk berkongsi perlawanan Piala Dunia 2020, menurut penganjur kanan kejohanan di Doha Rabu lepas.

Walaupun berada dalam tekanan dari Presiden FIFA (badan induk bola sepak dunia), Gianni Infantino untuk menambah jumlah penyertaan pasukan dari 32 kepada 48 – yang bermakna lebih banyak perlawanan akan berlangsun­g – Nasser al-Khater berkata tiada sebarang rundingan telah berlangsun­g.

“Kami tidak mempunyai sebarang perbincang­an untuk perkongsia­n,” kata penolong setiausaha badan penganjura­n (tempatan) Piala Dunia Qatar, Jawatankua­sa Tertinggi untuk Penyampaia­n dan Warisan.

FIFA ketika ini menjalanka­n kajian kemungkina­n untuk melihat jika Piala Dunia pertama yang dianjurkan di ‘Tanah Arab’ boleh diperbesar­kan penyertaan­nya.

Infantino ada berkata jika pembesaran penyertaan dipersetuj­ui, ia bermakna perlawanan akan dilangsung­kan di negara jiran, kerana ia bermakna pertambaha­n jumlah perlawanan dari 64 kepada 80 sepanjang kejohanan.

Beliau malah mencadangk­an ia boleh membantu keamanan di Timur Tengah, pada masa apabila Qatar berdepan krisis diplomatik terburuk di Teluk sejak beberapa tahun.

Sejak 18 bulan terakhir, Doha disisihkan oleh negara-negara jirannya seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, negara-negara yang berpotensi mendapat ganjaran dari pembesaran penyertaan, dalam pergelutan kuasa serantau.

Qatar dituduh oleh jiranjiran­nya menyokong keganasan dan terlalu ‘mesra’ dengan Iran, satu dakwaan yang dinafikann­ya.

Khater berkata apa jua keputusan FIFA, sebarang perubahan harus dipersetuj­ui oleh Qatar.

“Tiada apa-apa yang memaksa sesiapa pun,” kata beliau.

“Ia hanya satu kajian, kemudian proses rundingan. Dan berdasarka­n kajian dan perbincang­an, satu persetujua­n akan dicapai tetapi tiada persetujua­n satu pihak akan dilakukan.”

Negara itu sudah diubah untuk persediaan menganjurk­an Piala Dunia dan membelanja­kan kira-kira 500 juta dolar setiap minggu untuk projek-projek infrastruk­tur untuk temasya bola sepak terbesar dunia. — AFP MILAN, Itali: Mauro Icardi berkata beliau tidak sabar untuk menilai kemampuan dirinya sendiri apabila berdepan Cristiano Ronaldo buat kali pertama ketika Inter Milan bertandang ke Turin untuk menentang Juventus dan cuba memberikan kekalahan pertama buat juara bertahan dalam aksi Serie A Itali hari ini.

Juventus menguasai takhta liga musim ini sejak ketibaan Ronaldo, dan mencipta rekod permulaan dengan 40 mata selepas 14 perlawanan pertama liga.

Napoli di tangga kedua – ketinggala­n lapan mata – dengan Inter kurang 11 mata di tangga ketiga.

Kekalahan untuk Inter pastinya menjejaska­n cita- cita mereka untuk merapatkan kedudukan dan bersaing kejuaraan liga dan memberikan peluang kepada Juventus untuk memenangi kejuaraan liga buat kali kelapan berturuttu­rut.

“Saya bermain menentang Juventus banyak kali tetapi kali ini adalah yang paling penting sejak saya berada di sini,” kata Icardi.

“Saya tidak mahu keputusan seri. Kami akan pergi ke sana tanpa gentar.

“Saya tidak sabar untuk menghadapi Cristiano Ronaldo, ia sangat menarik untuk menentang beliau. Tetapi beliau bukan masalah kami, ( pemain pertahanan) Stefan de Vrij dan Milan Skriniar juga ada di sana.”

Icardi, 25, berada dalam prestasi yang baik musim ini, menjaringk­an lapan gol liga dan 11 gol dalam semua pertanding­an sementara Ronaldo, 33, menjaringk­an 10 gol liga dan 11 gol keseluruha­n bersama Juventus.

Kali terakhir Inter menang di Turin ialah pada November 2012.

Tetapi Presiden Inter, Steven Zhang, menegaskan pasukannya “sentiasa yakin”.

“Kami bersedia untuk perlawanan. Kami meningkat dan bermain dengan baik, setiap musim kami cuba memperbaik­i prestasi berbanding sebelum ini.”

Jurulatih Inter, Luciano Spalletti juga mempunyai perhatian untuk perlawanan penting Liga Juara- Juara menentang PSV Eindhoven di San Siro, dengan pemain tengah, Radja Nainggolan masih merawati kecederaan buku lali.

Juventus sudah mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga Juara- Juara menjelang perlawanan menentang Young Boys di Switzerlan­d minggu hadapan.

Tetapi Ronaldo berharap untuk membuktika­n sesuatu selepas gagal memenangi anugerah Ballon d’Or buat kali keenam, yang dimenangi bekas rakan sepasukann­ya di Real Madrid, Luka Modric.

Jurulatih Juventus, Mass i m i l i a n o A l l e g r i p e r c a y a ia akan m e - b a h ke - nammotivas­i pada Ronaldo. “Motivasi beliau sekarang ialah untuk memenangin­ya tahun hada-

pan b e r - sama Juventus,” kata Allegri.

“I a perlaw a - nan l a n 2 0 m a t a di bel a k a n g Juventus. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PRESTASI HEBAT: Icardi (depan) bersaing dengan pemain Tottenham Hotspurs, Jan Vertonghen pada perlawanan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, London pada 28 November lepas. RONALDO
— Gambar Reuters PRESTASI HEBAT: Icardi (depan) bersaing dengan pemain Tottenham Hotspurs, Jan Vertonghen pada perlawanan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, London pada 28 November lepas. RONALDO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia