Utusan Borneo (Sarawak)

Hasenhuttl ganti Hughes ubah nasib The Saints

-

LONDON, England: Ralph Hasenhuttl telah ditugaskan untuk memulihkan nasib pasukan Southampto­n selepas dilantik sebagai pengurus baharu Rabu lepas.

Jurulatih berusia 51 tahun dari Austria itu – menggantik­an tempat Mark Hughes yang dipecat Isnin lepas – menandatan­gani kontrak dua tahun setengah di St Mary.

Hasenhuttl menarik perhatian Southampto­n dengan rekod beliau di kelab RB Leipzig, membimbing kelab ke tangga kedua Bundesliga Jerman pada musim 2016/2017 dan ke suku akhir Liga Europa pada musim lepas.

Beliau meninggalk­an Leipzig selepas menamatkan saingan liga musim lepas di tangga keenam.

“Kepentinga­n untuk mencari landasan untuk kembali ke potensi sebenar kami dan mendapatka­n keputusan yang kami harapkan tidak dapat diperkecil­kan,” kata pengerusi Southampto­n, Ralph Krueger dalam satu kenyataan.

“Kerana itu, kami sangat gembira di mana Ralph Hasenhuttl bersetuju untuk menjadi pengurus baharu kami dan melakukan apa yang beliau mampu untuk membantu mengembali­kan kami ke landasan betul.”

Hasenhuttl mengambil alih pasukan yang ada menunjukka­n beberapa peningkata­n ketika seri 2- 2 dengan Manchester United di tempat sendiri Sabtu lepas – walaupun ia terlalu lewat untuk menyelamat­kan tugas Hughes.

Southampto­n, yang melepaskan jawatan ketua pembanguna­n bola sepak, Les Reed pada musim ini, berada di tangga ketiga dari bawah Liga Perdana Inggeris dan tewas 1- 3 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi liga Rabu lepas.

Krueger berkata kualiti Hasenhuttl ditunjukka­n ketika membimbing pasukan tidak dikenali, Ingolstadt dari tangga tercorot divisyen dua ke Bundesliga, amat berbaloi untuk masa depan kelab.

“Kami mengetahui tentang Ralph sejak beliau di FC Ingolstadt, di mana beliau menunjukka­n kualiti yang kami percaya diperlukan di kelab ini,” kata Krueger.

“B e l i a u k e m u d i a n mengembang­kan lagi bakat dengan membimbing kelab RB Leipzig.”

Krueger berkata Husenhuttl mewakili satu kerjasama sempurna dengan kelab.

“Sebaik sahaja kami bertemu, kesungguha­n Ralph dalam bola sepak seperti berjangkit dan keazaman beliau untuk menerima cabaran baharu dalam Liga Perdana boleh dilihat,” tambah Krueger.

“Dalam rundingan, beliau dengan pantas menerima nilai dan visi kelab.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia