Utusan Borneo (Sarawak)

Boca, River akan akhiri kemelut final Copa Libertador­es di Madrid

-

MADRID, Sepanyol: Boca Juniors tiba di Sepanyol Rabu lepas ketika mereka membuat persediaan untuk menamatkan kemelut final Copa Libertador­es sejak dua minggu lepas ekoran kekacauan penyokong yang menyebabka­n perlawanan tersebut menjadi tandatanya.

Pemain Boca disambut oleh sekumpulan penyokong mereka di luar hotel kediaman di Madrid ketika membuat persediaan untuk akhirnya melengkapk­an perlawanan final kedua menentang seteru lama, River Plate di Stadium Santiago Bernabeu Ahad ini, dengan kedudukan terikat 2-2 dari perlawanan pertama yang berlangsun­g di gelanggang Boca hampir sebulan yang lalu.

Perlawanan kedua telah tertangguh sejak penyokong River menyerang bas pasukan Boca beberapa jam sebelum perlawanan yang dijadualka­n pada 24 November di Stadium El Monumental.

Pasukan River juga berlepas dari Buenos Aires petang Rabu dengan Boca sudah lebih awal tiba untuk persediaan perlawanan terbesar mereka dalam sejarah bola sepak Argentina yang akan berlangsun­g di venue di mana kedua- dua pasukan pada awalnya enggan sertai.

Pada hujung minggu lepas, River menyertai Boca dengan berkata ia “tidak masuk akal” di mana perlawanan itu dipindahka­n ke Sepanyol den- gan menegaskan kelab tidak mempunyai tanggungja­wab untuk “masalah operasi keselamata­n” untuk perlawanan berprofail tinggi di Buenos Aires.

Pada hari Selasa, bintang Boca, Juan Roman Riquelme menyelar keputusan memindahka­n perlawanan ke Sepanyol dan berkata ia akan menjadikan salah satu pertemuan dua kelab berjiran paling ganas sebagai “perlawanan persahabat­an paling mahal dalam sejarah”.

“Final ini kehilangan sedikit magis,” kata Cristian Farfalla, seorang penyokong Boca, yang juga berkunjung ke Sepanyol untuk perlawanan itu.

“Secara jujurnya, saya lebih suka perlawanan berlangsun­g di sini (Argentina). Tetapi di sana (Madrid) saya mempunyai peluang untuk datang dan melihatnya, sesuatu yang biasanya tidak akan dapat dilakukan.”

Pada hari Isnin, kedua-dua kelab menjual 5,000 tiket kepada penyokong di Argentina pada nilai 3,600 pesos atau 84 euro, satu suku dari purata gaji penduduk Argentina.

Sementara di Sepanyol, 20,000 tiket dijual kepada penyokong Boca di luar Argentina dan satu sumber yang rapat kepada penganjur perlawanan memberitah­u AFP di mana jumlah yang sama juga dijual kepada penyokong River di luar Argentina. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TIBA AWAL: Pasukan Boca Juniors tiba di Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid Barajas di Madrid, Sepanyol kelmarin.
— Gambar Reuters TIBA AWAL: Pasukan Boca Juniors tiba di Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid Barajas di Madrid, Sepanyol kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia