Utusan Borneo (Sarawak)

MATA bantu golongan cacat penglihata­n

-

MEMBESAR bersama nenek yang cacat penglihata­n dan mempunyai seorang rakan sekelas yang langsung tidak dapat melihat, memberi inspirasi kepada Muhamad Faizal Lockman Hakim, 35, untuk menghasilk­an MATA, jenama kaca mata hitam di bawah syarikat keusahawan­an sosial bagi membantu golongan buta dan cacat penglihata­n di negara ini.

Muhamad Faizal, yang lebih mesra dengan panggilan Mamu, menghasilk­an MATA bagi menggalakk­an khidmat komuniti melalui Pemulihan Berasaskan Komuniti (CBR), yang merupakan program bantuan di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) untuk membantu penduduk luar bandar yang buta dan miskin.

“MATA dibiayai SME Corp. Malaysia dan diurus Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Mereka memperuntu­kkan geran sebanyak RM200,000 bagi projek ini sejak Mac dan kami akan menyumbang 20 peratus daripada setiap pembelian kepada MAB”, katanya kepada wartawan selepas pelancaran ‘MATA – Eyewear For Noble Cause’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memiliki ijazah sarjana muda dalam pengajian kreatif, Mamu memanfaatk­an minatnya untuk menghasilk­an reka bentuk bagi edisi ‘Blackout’ sebagai model sulung MATA.

Kaca mata itu diuji dalam pelbagai senario seperti dalam keadaan cahaya terang-benderang dan memandu dalam keadaan biasa seharian.

“Bahan yang kami guna untuk kaca mata hitam ini tahan daripada pecah untuk menjaga keselamata­n dan malah, anda boleh membengkok­kannya, manakala lensanya pula mempunyai ciri anticalar.

Kami cipta khas bahan itu untuk kegunaan dan cuaca di Asia. Kami menyasarka­n dapat menjual hingga 1,000 kaca mata hitam menjelang akhir tahun ini.

Mamu juga merancang menghasilk­an kaca mata pintar yang boleh bersuara dalam masa empat tahun akan datang.

Kaca mata pintar boleh bersuara itu akan mampu mengesan halangan dengan bantuan sensor dan memaklumka­n kepada penggunany­a melalui fon telinga dan motor getaran.

Sementara itu, Timbalan Ketua pegawai Eksekutif (CEO) I, SME Corp. Malaysia Rizal Nainy berkata MATA dihasilkan dengan bantuan kerajaan melalui Program Berimpak Tinggi 6: Inovasi Inklusif (HIP 6) di bawah Pelan Tindakan SME (2012-2020).

“HIP 6 bertujuan menggalakk­an inovasi yang membawa kepada kemampuan mengakses barang dan perkhdmata­n berkualiti tinggi oleh golongan terpinggir, termasuk isi rumah dalam kelompok B40,” katanya.

Kaca mata hitam itu kini boleh dibeli melalui laman sesawang www. mata.vison. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGASAS: Rizal (tiga kanan) bergambar bersama pengasas MATA, Muhamad Faizal (kiri) ketika Majlis Pelancaran kaca mata MATA di SME Corp Malaysia, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama PENGASAS: Rizal (tiga kanan) bergambar bersama pengasas MATA, Muhamad Faizal (kiri) ketika Majlis Pelancaran kaca mata MATA di SME Corp Malaysia, Kuala Lumpur.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Hilyati menunjukka­n kaca mata MATA ketika Majlis Pelancaran MATA di SME Corp Malaysia, Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Hilyati menunjukka­n kaca mata MATA ketika Majlis Pelancaran MATA di SME Corp Malaysia, Kuala Lumpur.
 ??  ?? ERAT SILATURAHI­M: KMKK Bahagian Kuching merakam gambar bersama KMKK Daerah Sarikei sebaik sahaja selesai majlis makan malam di Sarikei, baru-baru ini.
ERAT SILATURAHI­M: KMKK Bahagian Kuching merakam gambar bersama KMKK Daerah Sarikei sebaik sahaja selesai majlis makan malam di Sarikei, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia