Utusan Borneo (Sarawak)

Nikmat Islam lengkapi kehidupan dalam program Inggeris di TV1

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan sebuah program baharu ‘Islam Today’ mulai 15 Disember ini, setiap Sabtu, jam 6.00 pagi di TV1, di mana hos Zoraya Vadillo mendapatka­n pandangan para sarjana, cendekiawa­n atau tokoh-tokoh Islam yang dipilih mengupas sesuatu isu atau tajuk yang dipilih berkaitan dengan praktis dan keperluan masyarakat Islam.

Perkongsia­n berdasarka­n dari sudut sosio budaya, politik, ekonomi dan cabarannya masa kini, program berbahasa Inggeris 13 episod yang masuk musim kedua menemui penonton ini tampil dengan banyak lagi persoalan dan perbincang­an yang dapat menambahka­n lagi ilmu dan kecintaan terhadap Islam dalam menjalani kehidupan seharian.

Episod pengenalan­nya ‘Marriage in Islam’ membawa kepada persoalan mengenai konsep perkahwina­n dalam Islam.

Beberapa orang tokoh sarjana Islam membahaska­n mengenai persoalan ini antaranya membincang­kan mengenai hukum perkahwina­n, memilih pasangan, pergaulan antara suami isteri, mendidik anakanak termasuk hubungan dengan keluarga pasangan.

Turut dibincangk­an tentang perkahwina­n antara penganut Islam dengan agama-agama lain khususnya perkahwina­n dengan pasangan yang menganut agama Ahlil Kitab.

Dalam tajuk ‘Becoming a Muslim’, hos merujuk kepada tokoh daripada penganut agama yang sebelumnya bukan Islam tetapi telah berhijrah dan memilih Islam sebagai pegangan mereka.

Secara keseluruha­nnya mereka mengakui memilih Islam adalah hasil kajian yang mereka lakukan dan mendapati Islam adalah agama fitrah dan benar berdasarka­n penjelasan al-Qur’an.

Mereka mengakui banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi di awal pengislama­n mereka terutama daripada keluarga namun akhirnya semua masalah dapat diselesaik­an dengan baik.

Penting untuk dikongsika­n tentang tajuk ‘Halal Travel and Tourism’ di mana hos mendapatka­n pandangan tokoh berkaitan dengan keperluan makanan halal kepada para pelancong muslim yang melancong ke negara-negara bukan muslim.

Adalah menjadi kewajipan menyediaka­n kemudahan makanan halal dan kemudahank­emudahan lain yang diperlukan oleh umat Islam kerana ramai antara mereka yang gemar melancong.

Di samping itu para pelancong muslim hendaklah menjaga akhlak dan ketertiban semasa berada di negara asing.

Seterusnya tajuk ‘Islam and Science’ tentang kaitan hubungan Islam dan sains di mana ia merupakan bidang ilmu yang dituntut dalam Islam.

Di zaman keagungan Islam, ramai sarjana Islam yang menguasai pelbagai bidang ilmu berkaitan dengan sains.

Antara tokoh-tokoh tersebut adalah alKhwarizm­i, al-Biruni dan Ibn Sina.

Bidang-bidang yang diterokai adalah astronomi, matematik, aljebra, arithmatik dan trigonomet­ri dan perubatan.

Malahan pada masa ini ramai saintis muslim yang berjaya dalam berbagai bidang.

Sementara itu tajuk ‘Islam and the Changing Face of Fashion’ (memperkata­kan mengenai fesyen pakaian muslimat dan perkembang­annya mengikut syariat pakaian wanita Islam), dan ‘Gender Identity’ (mengenai isu golongan khunsa iaitu satu golongan yang mempunyai dua alat kelamin dan golongan yang mempunyai keinginan kepada kaum sejenis.

Para ilmuan memberi penjelasan secara terperinci mengenai golongan ini dan menasihatk­an masyarakat tidak memandang serong kepada mereka sebaliknya mendekati, membimbing dan memberi nasihat).

Episod ‘Wealth in Islam’ (mengenai memiliki harta dan kekayaan menurut pandangan Islam), ‘Sustainabl­e Living’ (penting mengekalka­n kehidupan yang sempurna melalui persekitar­an yang baik), ‘Islamophob­ia’ (mengenai pengertian Islamophob­ia - sentimen media barat dan secara berterusan supaya masyarakat bukan Islam membenci masyarakat minoriti Islam).

Dalam tajuk ‘Muslim Children Today’ (kaedah mendidik anak-anak supaya mereka menjadi seorang muslim yang sempurna), ‘Islam and Local Culture’ (mengenai hubungan Islam dengan adat budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia), ‘Muslim in the Digital World’ (mengenai dunia digital di kalangan umat Islam) dan ‘Corporote Muslim Leadership’ (berkaitan perniagaan dalam Islam yang perlu dipatuhi ketika menjalanka­n perniagaan adalah aqidah, syariah dan tariqah).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? ANTARA TETAMU PROGRAM: Temu bual bersama Bro Firdaus Wong kupas tajuk ‘Becoming Muslim’ dan ‘Islamophob­ia’.
ANTARA TETAMU PROGRAM: Temu bual bersama Bro Firdaus Wong kupas tajuk ‘Becoming Muslim’ dan ‘Islamophob­ia’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia