Utusan Borneo (Sarawak)

Shopee merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan tidak berbelah-bahagi

-

KUALA LUMPUR: Jika anda minat membeli-belah, sudah semestinya acara Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 yang bakal tiba, dijadikan sebagai pilihan utama.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata Shopee yang juga platform e-dagang terkemuka di rantau ini, berhasrat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas sokongan tidak berbelah- bahagi mereka dan dipelawa menyertai acara Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 tersebut.

Menerusi gimik awal kempen pada 26 November sehingga 9 Disember, mereka akan diminta memberi tumpuan terhadap tema khas pada hari tertentu yang disertai tawaran menarik potongan baucar pulangan tunai sehingga 120 peratus, pulangan tunai RM5 dengan tiada perbelanja­an minimum serta tawaran jualan antarabang­sa merangkumi semua kategori pada kadar terbaik.

Selain itu, bagi tempoh kemuncak kempen mulai 10-12 Disember pula, tiga tema yang ditetapkan adalah ‘Jualan BeliBelah Shopee 12.12’, ‘Jualan Baucar Shopee 12.12’ dan ‘Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12’ yang merangkumi pelbagai tawaran menarik sepanjang tempoh tersebut.

Lebih menarik lagi, kalangan pengguna boleh menyertai ‘Shopee Shake’ sehingga 12 kali untuk memenangi lebih banyak syiling Shopee serta penghantar­an percuma di seluruh negara daripada harga serendah RM12.

YG Entertainm­ent misalnya turut melancarka­n premis beli-belah dalam taliannya di Shopee dan para peminatnya kini boleh menyertai peraduan ‘Watch, Wish and Win’ dan berpeluang memenangi cenderamat­a eksklusif Black Pink serta sepasang tiket penerbanga­n ke Korea Selatan.

Dalam pada itu, jenama terkemuka seperti Philips, Fossil, MR DIY, Tefal, PETPET, L’Oreal Group, Watsons dan lain-lain akan turut menyertai sambutan ulang tahun Shopee itu dengan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus, jualan kilat serta pemberian eksklusif.

Rakan industri Shopee termasuk FPX, BInfinite, Krispy Kreme dan Traveloka juga tidak ketinggala­n memberi pulangan kepada pengguna menerusi acara Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 berkenaan.

Krispy Kreme misalnya akan menawarkan donut edisi terhad Shopee bagi meraikan ulang tahun Shopee di semua 17 outletnya dan pengguna turut berpeluang menikmati tiga donut bersalut asli secara percuma untuk setiap pembelian setengah dozen produk itu yang dibeli pada tempoh 1-20 Disember.

Selain itu, Shopee turut menghargai pengikut Bernama menerusi pemberian baucar eksklusif, potongan baucar sebanyak RM7 bagi pengguna baharu/ pertama kali membeli- belah dengan kod promosi : “BERNAMA7” dan potongan RM8 untuk pengguna sedia ada menerusi kod promosi : “BERNAMA8”.

Sehubungan itu, usah ketinggala­n merebut tawaran menarik ini dengan memuat turun aplikasi Shopee menerusi Apple App Store atau Google Play. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia