Utusan Borneo (Sarawak)

MAB alu-alukan penyertaan Royal Air Maroc dalam perikatan Oneworld

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) berkata penyertaan syarikat penerbanga­n kebangsaan Morocco, Royal Air Maroc dalam perikatan syarikat penerbanga­n global Oneworld selaras dengan aspirasiny­a untuk memperkuku­h perkongsia­n dengan anggota syarikat penerbanga­n itu.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kapten Izham Ismail berkata MAB melihat penyertaan terbaharu itu sebagai padanan unggul bagi syarikat untuk memperluas khidmatnya kepada pelanggan daripada rangkaiann­ya di Asia Pasifik.

“Kami dengan sukacita mengalu-alukan penyertaan Royal Air Maroc ke dalam keluarga Oneworld, dan teruja untuk bekerja lebih rapat dengan pasukan Royal Air Maroc,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Royal Air Maroc akan menyertai Oneworld, menambah satu lagi syarikat penerbanga­n terkemuka dan sedang pesat membangun di Afrika ke dalam perikatan syarikat penerbanga­n utama dunia itu.

Syarikat penerbanga­n itu dijangka menyertai Oneworld pada pertengaha­n 2020, apabila ia akan mula melakukan penerbanga­n bersama-sama beberapa jenama terbesar dan terbaik dalam perniagaan penerbanga­n.

Anak syarikat serantauny­a, Royal Air Maroc Express, pada masa yang sama akan menyertai sebagai anggota gabungan Oneworld.

Oneworld ialah perikatan beberapa syarikat penerbanga­n utama dunia, dengan anggotanya termasuk American Airlines, British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, LATAM Airlines, MAB, Qantas, Qatar Airways, Royal Jordanian, S7 Airlines dan SriLankan Airlines, dan kira-kira 30 anggota bersekutu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia