Utusan Borneo (Sarawak)

Noripah dilantik Pengerusi baharu Lembaga Pengarah Bank Rakyat

-

PUTRAJAYA: Bekas Penasihat CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic), Datuk Noripah Kamso dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Pengarah Bank Rakyat berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan Noripah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB- Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd, diumumkan oleh Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Noripah menggantik­an Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang disingkirk­an daripada jawa- tan itu pada 26 November lepas berikutan keterlibat­an beliau dalam Laporan Asal Audit 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Mohd Redzuan berkata Noripah pada masa ini adalah Ahli Lembaga Pengarah BIMB Investment Management Berhad dan Top Glove Corporatio­n Berhad serta Pengerusi bersama Majlis Industri Kewangan Islam dan Dewan Perniagaan Malaysia Amerika yang berpusat di Washington DC, Amerika Syarikat.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Persatuan Bro- ker Niaga Hadapan Malaysia (MFBA) dan kini menjadi Ahli Jawatankua­sa Rayuan Pusat Penyelesai­an Industri Sekuriti, Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia.

Selain itu, Mohd Redzuan turut mengumumka­n pelantikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat yang baharu.

Beliau berkata kedua-dua pelantikan baharu yang berkuat kuasa serta-merta itu adalah selaras dengan kuasa yang diperuntuk­kan kepada Menteri Pembanguna­n Usahawan di bawah subperengg­an 1( 2) Jadual Pertama, Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 Akta 202.

Menurutnya, pelantikan ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu Bank Rakyat lainnya akan diumumkan sebaik sahaja dimuktamad­kan, tertakluk kepada proses penentusah­an ‘layak dan sesuai’ oleh Bank Negara Malaysia selaras dengan seksyen 6 Akta Institusi Kewangan Pembanguna­n 2002 Akta 618. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia