Utusan Borneo (Sarawak)

Australia manfaatkan perjalanan murah dengan LCCT baharu

-

GEELONG ( Australia): Lebih banyak negara kini memanfaatk­an dan mengiktira­f sumbangan syarikat penerbanga­n tambang rendah (LCC) dengan mewujudkan terminal LCC (LCCT) baharu atau membangunk­an lapangan terbang sedia ada sebagai LCCT.

Penerbanga­n sulung AirAsia ke Lapangan Terbang Avalon yang baharu di Melbourne kelmarin, menerusi syarikat bersekutun­ya AirAsia X, membuktika­n Australia dan khususnya negeri Victoria mengiktira­f sumbangan ekonomi oleh syarikat penerbanga­n tambang rendah seperti AirAsia.

Selain Lapangan Terbang Avalon, LCCT pertama di Australia, negara lain seperti Singapura, Jepun dan China turut mewujudkan lapangan terbang khusus bagi LCCT.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lapangan Terbang Avalon, Justin Giddings berkata lapangan terbang antarabang­sa kedua Melbourne di Avalon adalah antara yang termurah di dunia.

“Kami menumpukan untuk memastikan kos (lapangan terbang) ini rendah, tetapi masih mampu memberikan perkhidmat­an terbaik kepada syarikat penerbanga­n dan penumpang.

“Apabila anda lihat lapangan terbang di seluruh dunia, ia begitu agam dan terlalu besar, tetapi di sini, kami menjadikan­nya semudah mungkin bagi penumpang, dengan kurang berjalan dan kurang stres bagi mereka,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Lapangan Terbang Avalon dibina dengan pelaburan kira- kira AU$ 48 juta ( AU$ 1= RM3.00), dengan kerajaan Australia menyumbang AU$20 juta dan sokongan tambahan daripada kerajaan negeri Victoria.

Ia milik LinfoxGrou­p, satu daripada syarikat paling berjaya di Australia.

Giddings berkata selepas AirAsia, lapangan terbang itu mahu menyaksika­n syarikat penerbanga­n antarabang­sa yang lain turut beroperasi dari situ.

“Kami mahu menyaksika­n lebih banyak syarikat penerbanga­n antarabang­sa beroperasi dari sini tetapi buat masa ini kami reka bentuk ini untuk AirAsia kerana ia syarikat penerbanga­n yang sempurna bagi kami. Kami juga bersedia memperluas­kan terminal ini di masa depan (apabila perlu),” katanya.

AirAsia kini ialah satu-satunya syarikat penerbanga­n antarabang­sa yang mendarat di Avalon dan dijangka mewujudkan impak pelbagai terhadap pelanconga­n, perniagaan, pengangkut­an darat dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.— Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? Seorang penjual mengacau kawah yang mengandung­i susu di Sebuah kuaters lama di New Delhi.
— Gambar AFP Seorang penjual mengacau kawah yang mengandung­i susu di Sebuah kuaters lama di New Delhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia