Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan mega hujung tahun Standard Kitchen hingga 9 Disember

-

KUCHING: Standard Kitchen mengadakan jualan mega hujung tahun selama empat hari bermula semalam, 6 Disember hingga Ahad ini, 9 Disember 2018.

Jualan mega hujung tahun ini menawarkan pelbagai produk perkakasan dapur dengan potongan harga sehingga 60 peratus.

Menurut jurucakap Standard Kictchen, selain perkakasan dapur, jualan mega ini turut menawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus ke atas kabinet dapur.

Tawaran ke atas kabinet dapur ini katanya sah sepanjang bulan Disember ini di kedua-dua cawangan Standard Kitchen yang terletak di Matang dan Batu 3.

Dalam pada itu susulan insiden letupan di CityOne Megamall baru- baru ini, Standard Kitchen turut menawarkan khidmat pemasangan normal percuma kepada pelanggan bagi pembelian mana-mana Cooker Hood atau Kitchen Hood.

Antara jenama yang tidak harus dilepaskan oleh pelanggan pada jualan empat hari ini semestinya perkakasan dapur Rubine dan Robam.

Alat ketuhar atau oven dan juga microwave jenis pasang siap turut ditawarkan di Standard Kitchen ini dengan pelanggan boleh menguji sendiri penggunaan alat ini.

Standard Kitchen juga bakal memperkena­lkan model baharu produk jenama Robam iaitu Cooker Hood dan Kitchen Hood jenis sentuhan skrin berdefinis­i tinggi (HD) yang akan tiba pada tahun depan.

Tempahan awal boleh dibuat di Standard Kitchen dengan harga RM3,999 berbanding harga biasa RM4,388.

Istimewany­a model baharu ini ia turut disertakan dengan resipi masakan dan membersihk­an udara di ruangan dapur.

Bagi pelanggan yang membuat pembelian ke atas kabinet dapur pula, Standard Kitchen akan memberikan aksesori dapur percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

Lebih daripada tujuh set meja makan turut dipamerkan di Standard Kitchen Cawangan Matang di sini untuk pilihan para pelanggan.

Tawaran lain termasukla­h sinki yang diperbuat daripada batu granit yang menjadi pilihan ramai pengguna masa kini.

Sebarang pertanyaan atau tempahan juga boleh hubungi Standard Kitchen di talian 082-456669 (Cawangan Batu 3) dan 082-544369 (Cawangan Matang).

 ??  ?? JUALAN MEGA: Standard Kitchen mengadakan jualan mega hujung tahun dengan potongan harga sehingga 60 peratus bagi barangan perkakasan dapur.
JUALAN MEGA: Standard Kitchen mengadakan jualan mega hujung tahun dengan potongan harga sehingga 60 peratus bagi barangan perkakasan dapur.
 ??  ?? ISTIMEWA: Antara set meja makan menarik yang boleh didapati di Standard Kitchen.
ISTIMEWA: Antara set meja makan menarik yang boleh didapati di Standard Kitchen.
 ??  ?? DISUKAI RAMAI: Perkakasan dapur jenama Rubine antara yang banyak dibeli oleh pelanggan.
DISUKAI RAMAI: Perkakasan dapur jenama Rubine antara yang banyak dibeli oleh pelanggan.
 ??  ?? LARIS: Set dapur jenama Robam antara yang paling banyak terjual atas kualiti tinggi.
LARIS: Set dapur jenama Robam antara yang paling banyak terjual atas kualiti tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia