Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan ketat sekitar masjid Babri Pada ulang tahun ke-26 kemusnahan masjid itu yang cetus rusuhan di seluruh India

-

AYODHYA: Kira-kira 2,000 anggota polis India yang membawa belantan bertugas di kota Ayodhya semalam untuk mencegah sebarang pertelingk­ahan pada ulang tahun kemusnahan sebuah masjid.

Pelampau Hindu memusnahka­n masjid Babri pada 1992, yang mencetuska­n rusuhan di seluruh India yang mengorbank­an ribuan orang, kebanyakan mereka Muslim, dan masa depan tapak itu telah menjadi isu ‘batu uji’ yang besar dalam politik India.

Polis, yang berdiri di belakang perintang besi kuning, semalam kelihatan memeriksa kenderaan dan menghentik­an orang yang lalu-lalang untuk disoal dalam usaha mencegah sebarang keganasan.

Pengawal di atas menara pengawal dan kamera keselamata­n ditumpukan kepada puing masjid Babri dan sekitarnya. Tapak yang menjadi rebutan itu dilindungi pagar besi yang tinggi.

Ramai orang Hindu percaya Ayodhya menandakan tempat lahir dewa Ram, dan masjid yang berdiri di sana selama 460 tahun hanya dibina selepas kemusnahan sebuah kuil di sana sebelum itu.

Parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP), memegang kuasa pada 2014 dengan janji untuk membina sebuah kuil di tapak itu, tetapi isu tersebut masih belum selesai di mahkamah.

Modi, yang akan bertanding untuk penggal kedua pada 2019, berdepan dengan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong terasnya yang berasakan bahawa beliau tidak berusaha secukupnya untuk perjuangan itu, walaupun beliau memegang kuasa majoriti dalam parlimen.

Ketua Menteri Negeri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, seorang sami radikal yang sudah lama berkempen untuk kuil itu, turut mendedahka­n rancangan untuk membina patung terbesar di dunia di Ayodhya – patung gangsa Ram setinggi 221 meter.

Pada hari biasa, beberapa ribu penganut Hindu melawat kuil sementara yang diwujudkan selepas 1992.

Namun semalam tidak ramai penganut kelihatan.

Sementara itu kumpulan Muslim mengadakan acara kecil untuk memperinga­ti mereka yang terkorban pada 1992.

“Kami hanya mahukan keamanan dan keharmonia­n. Muslim dan Hindu di Ayodhya sekian lama hidup dalam harmoni tetapi ahli politik yang mengapi-apikan kebencian untuk memancing undi,” kata Mohammed Shahzad yang mengusahak­an sebuah kedai daging di kota itu.

“Masjid di kawasan kejiranan saya diserang dalam rusuhan pada 1992. Rumah kami dibakar, tetapi kami berjaya menyelamat­kan nyawa kami. Kami langsung tidak mahu keganasan itu berulang lagi.”

Seorang pelancong, Kalyani Ubhe, berkata: “Sebuah kuil mesti dibina di sini. Ia ada kaitan dengan kebaktian dan kepercayaa­n Hindu. Kami berhak untuk bersembahy­ang di tempat kelahiran Dewa Ram.”

Sebuah patung adalah “bonus”, kata Shyam Madho, seorang penduduk berusia 70 tahun di Ayodhya.

“Patung itu adalah bagi tujuan pelanconga­n. Perkara utama adalah kuil. Pertama sekali sebuah kuil mesti dibina terlebih dahulu sebelum patung.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamata­n India berkawal di jalan raya pada ulang tahun ke-26 kemusnahan masjid Babri di Ayodhya semalam.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamata­n India berkawal di jalan raya pada ulang tahun ke-26 kemusnahan masjid Babri di Ayodhya semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia