Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Burundi arah PBB tutup pejabat dalam masa dua bulan: Sumber

-

NAIROBI: Kerajaan Burundi telah mengarahka­n Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menutup pejabatnya di negara itu dalam tempoh dua bulan, kata kementeria­n luar dan sumber PBB kepada AFP.

Kerajaan kelmarin memberi nota lisan kepada penyelaras tempatan PBB Garry Conille untuk menyampaik­an pesanan itu kepada Pesuruhjay­a Tinggi Majlis Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, di Geneva.

“Semua kakitangan antarabang­sa mesti segera dipanggil balik dan pejabat itu ada masa dua bulan untuk menyimpan barang dan menutup pintunya,” menurut sumber berpangkat tinggi yang enggan dikenali di kementeria­n luar.

Sumber PBB mengesahka­n maklumat itu tetapi enggan juga dikenali.

“Kerajaan Burundi kini semakin radikal dan ingkar terhadap masyarakat antarabang­sa,” kata sumber itu, sambil mengetenga­hkan tindakan Bujumbura memulaukan satu Sidang Kemuncak Komuniti Afrika Timur pada November lepas.

Perhimpuna­n ketua-ketua negara serantau di Tanzania bertujuan untuk memberi tumpuan kepada krisis politik yang sedang berlaku di Burundi, selepas beberapa pusingan rundingan gagal disebabkan oleh keengganan kerajaan untuk bertemu dengan kumpulan pembangkan­g dalam buangan.

Ketiadaan Burundi memaksa sidang kemuncak itu ditunda kepada 27 Disember.

Burundi sudah dibelenggu krisis sejak Presiden Pierre Nkurunziza pada April 2015 mengumumka­n beliau akan bertanding semula untuk penggal ketiga yang mencetuska­n kontrovers­i dan perang saudara yang mengorbank­an 1,200 orang dan menyebabka­n lebih 400,000 penduduk hidup dalam pelarian.

Pada Oktober 2016, Burundi menggantun­g kerjasama dengan pejabat hak asasi manusia PBB yang dituduh “bersubahat” ekoran laporan yang menuduh Bujumbura melakukan kesalahan yang sistematik dan memberi amaran tentang risiko genosid.

Pada September lalu, Burundi mengugut untuk meninggalk­an majlis hak asasi manusia berkenaan selepas satu lagi laporan menyebut tentang jenayah kemanusiaa­n di negara itu.

Pada 2017 Burundi menjadi negara pertama yang meninggalk­an Mahkamah Jenayah Antarabang­sa selepas ia melancarka­n siasatan ke atas kekejaman yang didakwa berlaku di negara itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia