Utusan Borneo (Sarawak)

Lima hilang pesawat tentera AS terhempas di laut Jepun

-

TOKYO: Operasi dijalankan semalam untuk menyelamat­kan lima anggota marin Amerika Syarikat (AS) yang hilang selepas dua pesawat tentera AS terhempas dalam operasi mengisi semula minyak di perairan pantai Jepun, kata menteri pertahanan Jepun.

Soerang anggota kru sudah diselamatk­an dan dipercayai dalam keadaan stabil, kata Takeshi Iwaya kepada pemberita.

Seorang jurucakap bagi Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) berkata seorang lagi anggota kru sudah dijumpai tetapi tiada maklumat segera diterima mengenai keadaan anggota marin itu.

“Pesawat dan kapal tentera AS dan Pasukan Pertahanan Diri Jepun sedang mencari mereka yang masih hilang. Saya harap semua anggota akan diselamatk­an secepat mungkin,” ujar Iwaya.

Anggota marin terbabit sedang menjalanka­n “latihan jadual tetap” apabila nahas berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, Pasukan Ek- spedisi Marin Ketiga menyebut dalam satu kenyataan.

Jet pejuang F/A-18 yang membawa dua kru dan pesawat tangki KC-130 mengisi semula minyak yang membawa lima kru – terhempas ke dalam laut kira-kira 100 kilometer dari tanjung Muroto di barat daya Jepun, kata Iwaya.

Anggota kru yang diselamatk­an menaiki jet pejuang tersebut, menteri itu mengesahka­n.

SDF Jepun mengerahka­n sembilan pesawat dan tiga kapal untuk mencari mangsa, katanya.

“Kami berterima kasih di atas usaha Tentera Pertahanan Diri Maritim Jepun apabila mereka dengan segera bertindak dengan operasi mencari dan menyelamat,” kata Pasukan Marin.

Seorang jurucakap pasukan pengawal pantai Jepun berkata enam kapal dan sebuah pesawat telah dihantar secara berasingan untuk membantu dalam usaha menyelamat.

Tidak banyak maklumat diterima mengenai keadaan di sebalik apa yang digambarka­n oleh Pasukan Marin sebagai satu “kejadian yang tidak diingini” dan siasatan sedang dijalankan.

Ketika menjalani operasi mengisi semula minyak oleh pesawat KC- 130, pesawat tangki minyak berkenaan mengekori hos dari belakang pesawat dengan apa yang dipanggil sebagai “drogue”, yang berbentuk sedikit seperti kon angin, pada hujung.

Jet pejuang itu kemudian memasuki alat ke dalam “drogue” itu untuk menerima bahan bakar, yang ia dapat buat pada kadar sebanyak 3,000 paun seminit, menurut satu kertas yang disediakan untuk Kongres AS. — AFP SYDNEY: Seorang bekas uskup agung di Australia yang dijatuhi hukuman kerana menyembuny­ikan pencabulan kanak-kanak telah menyaksika­n pensabitan­nya dibatalkan semalam, selepas beliau memenangi rayuannya.

Philip Wilson telah didakwa atas tuduhan menyembuny­ikan jenayah oleh mendiang paderi pedofilia Jim Fletcher di daerah Hunter, New South Wales, pada zaman 1970-an.

Wilson, 68, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada Mei lalu untuk menjadi salah seorang pegawai gereja tertinggi di Australia yang didapati bersalah menyembuny­ikan pencabulan kanak-kanak.

“Asas betul yang saya boleh harapkan tidak ada untuk menolak bukti perayu,” kata Hakim Roy Ellis sebelum beliau membaca keputusan.

Hakim itu memerhatik­an “perkara yang tidak konsisten” dalam kenyataan penuduh berhubung perbualan yang didakwa diadakanny­a dengan Wilson tentang pencabulan itu.

“Mahkamah ini tidak dapat berpuas hati melampaui keraguan munasabah bahawa perbualan itu pernah berlaku,” kata Ellis.

Wilson meletak jawatan sebagai Uskup Agung Adelaide pada Julai lepas setelah perdana menteri ketika itu Malcolm Turnbull menyeru kepada Vatikan untuk memecatnya.

Pertikaian tidak ada sewaktu perbicaraa­n awal bahawa Fletcher, yang meninggal dunia dalam tahanan pada 2006, mencabul seorang budak altar, dengan pendengara­n yang fokus kepada sama ada Wilson, ketika itu seorang paderi muda, tahu mengenainy­a ataupun tidak.

Beliau sekian lama menafikan tuduhan itu dan pada mulanya menentang seruan untuk meletak jawatan.

Wilson berkhidmat sebagai paderi di New South Wales sebelum Pope John Paul II melantikny­a sebagai Uskup Wollongong pada 1996. Lima tahun kemudian beliau menjadi Uskup Agung Adelaide. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LOKASI NAHAS: Gambar dari udara diambil oleh agensi berita Kyodo semalam menunjukka­n kapal Pengawal Pantai Jepun berlayar di kawasan di mana dua pesawat tentera AS dilaporkan terhempas dekat pantai wilayah Kochi, Jepun.
— Gambar Reuters LOKASI NAHAS: Gambar dari udara diambil oleh agensi berita Kyodo semalam menunjukka­n kapal Pengawal Pantai Jepun berlayar di kawasan di mana dua pesawat tentera AS dilaporkan terhempas dekat pantai wilayah Kochi, Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia