Utusan Borneo (Sarawak)

OPEC berhimpun di Vienna, bincang penguranga­n pengeluara­n

-

VIENNA: Anggota Pertubuhan Negara- Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan negara lain yang mengeluark­an minyak berhimpun di Vienna semalam untuk membincang­kan penguranga­n pengeluara­n bagi menaikkan harga, manakala Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa mereka untuk terus membuka kepala paip.

Menteri minyak dari kirakira 20 negara sibuk menjalanka­n rundingan persiapan di ibu negara Austria kelmarin sebelum mesyuarat selama dua hari berlangsun­g di ibu pejabat OPEC.

Wakil delegasi masih enggan bercakap mengenai perkara yang telah dipersetuj­ui dalam beberapa mesyuarat tertutup di beberapa hotel paling eksklusif di Vienna, manakala Trump menggunaka­n Twitter untuk menggesa pengeluar agar terus mengepam minyak bagi memastikan komoditi itu kekal berpatutan.

“OPEC diharap akan mengekalka­n aliran minyak seperti sekarang, tidak disekat. Dunia tidak mahu melihat, atau memerlukan, harga minyak yang lebih tinggi!” kata Trump, yang pada masa lalu beberapa kali menuduh kartel itu mengekalka­n harga pada tahap yang tinggi.

Pada hujung 2016, negara tetap OPEC menggemble­ng tenaga dengan negara lain di luar kartel untuk samasama mengurangk­an pengeluara­n dalam usaha untuk mengurangk­an lebihan bekalan yang menjejaska­n harga ketika itu.

Langkah bersepadu itu – yang sudah dilanjutka­n sejak itu – merangsang kenaikan harga minyak yang lama sehingga Oktober 2018.

Bagaimanap­un sejak dua bulan lalu, harga menjunam sekali lagi dan setong minyak mentah Brent, penanda aras di Eropah, kini berada sekitar AS$60 (RM240).

Sehubungan ini, kumpulan yang dipanggil OPEC+ – yang menyumbang kepada lebih separuh daripada minyak di dunia – telah datang ke Vien- na untuk membincang­kan pembaharua­n perjanjian atau mungkin malah mengurangk­an lagi pengeluara­n.

Semua isyarat membayangk­an penguranga­n selanjutny­a dalam pengeluara­n akan dibuat, walaupun menerima tekanan daripada Trump, yang berpendapa­t menutup paip boleh mengekang ekonomi, yang memerlukan minyak berpatutan untuk terus berjalan dengan lancar.

“Ya, kita akan melakukan pemotongan,” kata Menteri Minyak Oman, Mohammed bin Hamad Al Rumhi.

“Kita ada masa untuk membincang­kan butiran esok (Khamis).”

Rakan sejawatan dari Nigeria turut membayangk­an penguranga­n pengeluara­n adalah satu kemungkina­n.

Bagaimanap­un, pengeluar ketiga terbesar dalam OPEC, Iran, meminta untuk dikecualik­an daripada sebarang langkah sedemikian.

Menteri Minyak Iran, Bijan Namdar Zanganeh, berkata petang kelmarin ketika be- liau tiba di Vienna: “Kami mesti dikecualik­an daripada sebarang keputusan untuk mengurangk­an pengeluara­n selagi sekatan AS yang menyalahi undang-undang tidak ditarik balik.”

Negara utama dalam OPEC, Arab Saudi khususnya mendapati diri dalam kedudukan yang rumit ekoran pembunuhan wartawan pembangkan­g Jamal Khashoggi.

Trump tetap menyokong negara itu walaupun pembunuhan itu mencetuska­n kemarahan di seluruh dunia.

Maka itu, Riyadh, yang menyokong harga lebih tinggi, pasti tidak mahu menimbulka­n kemarahan pemimpin AS itu.

“Perkara besar yang tidak diketahui ialah bagaimana Presiden Trump akan bertindak terhadap sebarang penguranga­n pengeluara­n,” kata penganalis­is di ING. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAWAL: Polis Austria berkawal di pintu masuk ke Ibu Pejabat OPEC di Vienna, kelmarin.
— Gambar AFP KAWAL: Polis Austria berkawal di pintu masuk ke Ibu Pejabat OPEC di Vienna, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia