Utusan Borneo (Sarawak)

Washington pamer perpaduan di acara pengebumia­n H.W. Bush

-

WASHINGTON: Washington yang diketuai oleh lima presiden negara yang masih hidup mempamerka­n perpaduan kelmarin di acara pengebumia­n rasmi George Herbert Walker Bush, apabila Amerika Syarikat ( AS) mengucapka­n selamat tinggal kepada presidenny­a yang ke- 41.

Donald Trump dan isterinya, Melania, duduk di barisan hadapan dalam Katedral Nasional bersama bekas-bekas presiden, Barack Obama, Bill Clinton, Jimmy Carter dan isteri masingmasi­ng manakala barisan pengawal kehormat membawa keranda Bush yang ditutupi bendera ke dalam dewan ibadat yang penuh dengan pembesar.

George W. Bush mengetuk keranda dua kali ketika beliau naik ke pentas untuk menyampaik­an eulogi yang bersemanga­t, sambil menahan sebak ketika beliau memberi pujian kepada bapanya yang juga presiden sebelumnya, selepas beliau meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 94 tahun.

“Beliau menunjukka­n kepada saya apa maknanya untuk menjadi presiden yang berkhidmat dengan integriti, memimpin dengan keberanian, dan bertindak dengan kasih sayang di dalam hatinya demi warga negara kita,” kata Bush.

“Beliau dilahirkan dengan hanya dua perkara tetap – berusaha habis- habisan, kemudian tidur,” katanya.

“Bagi kita, cahaya beliau adalah yang paling terang daripada ribuan titik cahaya,” katanya yang merujuk kepada seruan utama bapanya kepada kesukarela­wanan.

“Apabila buku sejarah ditulis, mereka akan menyatakan George H.W. Bush adalah seorang presiden Amerika Syarikat yang hebat.”

Eulogi Bush menyusuli persembaha­n daripada tenor Irish, Ronan Tynan – seorang rakan H.W. yang bernyanyi kepadanya pada saat- saat akhir kehidupann­ya.

Acara pengebumia­n kelmarin adalah kemuncak kepada penghormat­an kebangsaan yang menyaksika­n Bush diletakkan di dalam bangunan bulat Capitol AS, di mana ribuan memberi penghormat­an kepada seorang negarawan yang mengemudi negara itu pada waktu yang bergolak termasuk penamatan Perang Dingin – dalam gaya yang berbeza sama sekali dengan presiden sekarang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Bush dan isterinya Laura menyertai pengawal kehormat yang mengusung keranda bapanya, H.W. Bush, ke kereta mayat yang menunggu di luar selepas upacara pengebumia­n rasmi di Katedral Nasional di Washington kelmarin.
— Gambar AFP PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Bush dan isterinya Laura menyertai pengawal kehormat yang mengusung keranda bapanya, H.W. Bush, ke kereta mayat yang menunggu di luar selepas upacara pengebumia­n rasmi di Katedral Nasional di Washington kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia