Utusan Borneo (Sarawak)

Kanggaru tikus di Australia berdepan risiko pupus: WWF

-

SYDNEY: Seekor haiwan marsupial yang makan trufel (sejenis cendawan yang mahal) di Australia dan dikenali sebagai kanggaru tikus telah mengalami penurunan populasi yang dramatik dan mungkin akan pupus jika tiada tindakan segera diambil untuk menyelamat­kan spesies tersebut, satu laporan memberi amaran semalam.

Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) berkata hanya dua sahaja populasi ‘bettong’ utara itu masih wujud di kawasan pantai tropika yang basah dalam negeri utara Queensland, berjumlah paling banyak 2,500 ekor, turun 70 peratus dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

‘ Bettong’ sebesar arnab yang keluar pada waktu malam itu berdepan dengan risiko daripada kucing liar, pembersiha­n tanah dan kebakaran hutan, yang kini semakin kerap dan buruk di Queensland disebabkan oleh perubahan iklim.

“Kita tahu khususnya dengan perubahan iklim kebakaran hutan yang besar mungkin akan berlaku tidak lama lagi,” kata Tim Cronin selaku pengurus kanan WWF bagi pemulihara­an spesies di Australia.

“Sebarang situasi di mana kita ada satu populasi yang dipinggirk­an dan itu sahaja yang kita ada dalam belantara, ia meletakkan kita pada risiko yang amat tinggi.”

Cronin berkata ia adalah amat penting untuk mewujudkan “populasi insurans” bagi ‘bettong’ utara, dilindungi daripada perosak dan kebakaran, dan menimbang untuk menaikkan status spesies itu daripada “terancam” kepada “terancam dengan kritikal”.

“Ia belum terlambat untuk ‘bettong’ utara, tetapi masa untuk bertindak semakin suntuk,” katanya.

‘Bettong’ utara merupakan salah satu haiwan utama yang makan trufel, memencarka­n spora trufel di dalam habitatnya dan memelihara imbangan ekologi yang rumit.

“Ia memainkan peranan yang amat unik dalam memelihara fungsi ekologi dalam tumbuh-tumbuhan. Jika kita kehilangan­nya – dan spesies lain sepertinya – kita mungkin akan melihat keruntuhan ekologi,” kata Cronin. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERISIKO PUPUS: Gambar serahan WWF-Australia dan Universiti James Cook pada 23 Jun, 2016 menunjukka­n seekor kanggaru tikus di rumah penjagaan hidupan liar di Queensland.
— Gambar AFP BERISIKO PUPUS: Gambar serahan WWF-Australia dan Universiti James Cook pada 23 Jun, 2016 menunjukka­n seekor kanggaru tikus di rumah penjagaan hidupan liar di Queensland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia