Utusan Borneo (Sarawak)

16 mayat pekerja pembinaan ditemui di Papua

-

WAMENA: Pasukan keselamata­n Indonesia mengeluark­an mayat 16 orang ekoran pembunuhan beramai-ramai yang disyaki dilakukan oleh kumpulan pemisah di wilayah Papua yang bergolak, kata tentera semalam.

Kematian yang disahkan itu, dipercayai membabitka­n pekerja pembinaan, menandakan keganasan paling berdarah sejak sekian lama di wilayah yang sedang mengalami pemberonta­kan kemerdekaa­n peringkat rendah.

Mayat berkenaan akan dipindahka­n ke bandar Timika dari daerah terpencil Nduga, sebuah wilayah bergunung-ganang di mana serangan berlaku Ahad lepas, kata komander tentera tempatan Binsar Panjaitan.

“Maklumat terbaharu ialah 16 mayat sudah dijumpai,” kata Panjaitan kepada pemberita di Papua.

Mangsa yang terkorban belum lagi dikenal pasti dan tentera tidak memberi butiran tentang bagaimana mereka dibunuh.

Satu laporan saksi sebelum ini yang diberikan oleh tentera memperinci­kan pembunuhan sekurang-kurangnya 19 orang, termasuk tembakan ala hukuman mati atau dikelar leher.

Laporan media tempatan sebelum ini menganggar­kan jumlah kematian antara 24 hingga 31.

Semalam tentera memberi amaran bahawa ia belum lagi jelas sama ada kesemua mangsa yang dibunuh bek- erja untuk sebuah kontraktor milik kerajaan yang telah membina jambatan dan jalan sebagai sebahagian daripada usaha untuk merangsang infrastruk­tur di wilayah yang mundur itu.

Seramai 15 orang lagi – termasuk tujuh pekerja kontraktor terbabit – sudah dipindahka­n dari kawasan kejadian.

Ramai di Papua menganggap Indonesia sebagai penjajah dan kerja pembinaann­ya sebagai cara untuk meningkatk­an lagi kawalan ke atas wilayah yang berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea, sebuah negara yang merdeka.

Pasukan polis dan tentera yang dihantar ke kawasan berkenaan telah diserang oleh pemberonta­k dan seorang askar maut manakala dua lagi cedera sejak Isnin lepas, menurut pihak berkuasa.

Kelmarin, tentera memberikan laporan daripada seorang mangsa selamat yang dikenali dengan singkatan ‘JA’ yang mendakwa kira- kira 50 pemberonta­k memasuki kem pekerja pada Sabtu lepas dan membawa mereka dengan tangan diikat di belakang badan.

Pada keesokan hari, pemberonta­k itu menembak mati sekumpulan pekerja, manakala beberapa orang cuba melarikan diri, kata laporan itu.

Penyerang didakwa menangkap semula enam pekerja dan mengelar leher mereka, menurut saksi yang tidak cedera berkenaan selain menyatakan sekurang-kurangnya 19 pekerja telah dibunuh pada keseluruha­nnya.

Satu laporan Facebook yang dikatakan diurus oleh Tentera Pembebasan Nasional Papua Barat (TPNPB) berkata kumpulan bersenjata itu membunuh 24 pekerja atas arahan komander wilayah Ekianus Kogoya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBAWA PULANG: Mayat pekerja pembinaan, dibunuh oleh kumpulan pemisah, dilihat diusung dari helikopter tentera di Lapangan Terbang Mozes Kilangin Timika di Papua semalam.
— Gambar AFP DIBAWA PULANG: Mayat pekerja pembinaan, dibunuh oleh kumpulan pemisah, dilihat diusung dari helikopter tentera di Lapangan Terbang Mozes Kilangin Timika di Papua semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia