Utusan Borneo (Sarawak)

DEBARAN KEMUNCAK KIAN TERASA

Sebanyak 40,000 tiket dalam talian habis dijual menjelang aksi final pertama Piala AFF

-

KUALA LUMPUR: Debaran perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini pada 11 Disember ini semakin terasa apabila 40,000 tiket dijual dalam talian habis dijual.

Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM) dalam satu kenyataan memaklumka­n sebanyak 30,000 tiket telah pun habis terjual menerusi laman sesawang; www.tickethotl­ine.com.my kelmarin manakala baki 10,000 tiket dijual semalam habis dijual.

FAM memaklumka­n baki 40,000 tiket lagi akan dijual secara fizikal hari ini di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

Peminat bola sepak negara boleh mendapatka­n tiket perlawanan di Kaunter Tiket Pintu A & Pintu E di Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula jam 10 pagi hingga 5 petang (atau sehingga tiket habis), dengan setiap penyokong hanya boleh membeli maksi- mum lima tiket.

FAM berkata peminat boleh juga mendapatka­n tiket perlawanan di beberapa cawangan Al-Ikhsan Sports terpilih dan mereka boleh merujuk laman facebook Al-Ikhsan Sports untuk butiran lanjut.

Badan induk bola sepak negara itu turut memaklumka­n peminat tempatan yang hadir menyaksika­n separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Rajamangal­a, pada 5 Disember lepas, boleh membeli tiket aksi final pertama di kaunter tiket khas di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya.

Kaunter tiket khas di Wisma FAM ini hanya dibuka sehari pada hari ini ( Ahad) dari jam 10 pagi hingga 5 petang, menurut FAM.

Peminat yang membuat pembelian tiket berkenaan bagaimanap­un perlu membawa kad pengenalan (MyKad) dan bukti pembelian iaitu keratan tiket perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok atau bukti slip pembayaran tiket berkenaan.

“Jika ia telah hilang, sila bawa Pasport Malaysia anda sebagai bukti keluar masuk ke Thailand untuk ke perlawanan tempoh hari,” kata FAM.

Setiap pembelian, bagaimanap­un, hanya dihadkan kepada dua tiket tempat duduk terbuka yang berharga RM40 sekeping.

Malaysia seri 2-2 dengan Thailand pada aksi separuh akhir, namun layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Vietnam pula menempah tiket ke final selepas mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada satu lagi aksi separuh akhir yang menggunaka­n format timbal balik.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Pemain kebangsaan menunjukka­n semangat perjuangan tinggi menjelang perlawanan akhir pertama menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Pemain kebangsaan menunjukka­n semangat perjuangan tinggi menjelang perlawanan akhir pertama menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia