Utusan Borneo (Sarawak)

PEMANDU DIBELASAH GARA-GARA AGRESIF SELEPAS LORI REMPUH KERETA, PAGAR RUMAH

-

KUCHING: Seorang pemandu lori mengalami kecederaan akibat dibelasah orang awam kerana dikatakan bertindak agresif selepas melanggar beberapa kereta sebelum terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Batu Perak, Kampung Stakan Melayu di sini, semalam.

Pemandu berusia sekitar 40-an itu dipercayai mabuk menyebabka­n dia gagal mengawal lorinya dalam kejadian sekitar jam 3.10 petang itu.

Menurut saksi, terdahulu sebuah kereta dilanggar lori berkenaan tidak jauh dari Kota Sentosa, namun tidak diendahkan­nya sehinggala­h dia terbabas beberapa kilometer kemudian.

“Dia (pemandu) melanggar sebuah kereta sebelum itu, tetapi dia terus melarikan diri dan sehingga di sini (tempat kejadian) lorinya terbabas dan merempuh dua kereta yang diparkirka­n di hadapan rumah tersebut.

“Pagar rumah tersebut turut mengalami kerosakan dan ketika dihampiri orang awam, dia tiba-tiba bertindak agresif menyebabka­n dia dipukul,” kata saksi yang ditemui di tempat kejadian.

Anggota dari balai polis berhampira­n turut hadir di lokasi kejadian dan bertindak menahan pemandu lori tersebut untuk siasatan lanjut.

Tiada kecederaan parah dilaporkan dalam insiden tersebut.

 ??  ?? IMPAK KUAT: Kelihatan dua kereta yang remuk dan pagar rumah yang dirempuh lori tersebut.
IMPAK KUAT: Kelihatan dua kereta yang remuk dan pagar rumah yang dirempuh lori tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia