Utusan Borneo (Sarawak)

Pakej pelanconga­n tidak wujud, bekas wakil rakyat rugi RM8,000

Mangsa dakwa ditipu selepas memasukkan wang ke akaun wanita

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seorang bekas wakil rakyat mengalami kerugian RM8,000 apabila rancangan melancong ke luar negara tidak menjadi kenyataan selepas dipercayai ditipu seorang ejen yang menawarkan pakej pelanconga­n yang tidak wujud.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Martin Koo berkata, baru-baru ini pengadu, 67, telah dihubungi oleh seorang paderi dari sebuah gereja di Bintangor dan dimaklumka­n mengenai pakej pelanconga­n ke luar negara untuk menyambut ulang tahun ke-100 tahun gereja berkenaan.

Selepas itu katanya, seorang wanita, 37, yang memperkena­lkan diri sebagai ejen pelanconga­n telah menawarkan pakej pelanconga­n ke Eropah merangkumi Rom, Itali; Lourdes, Perancis dan Fatima, Portugal dengan harga RM12,500 untuk seorang.

“Apabila pengadu dan isteri tertarik dengan tawaran itu, mereka telah diminta untuk membuat pembayaran ke akaun peribadi wanita terbabit,” kata beliau.

Pada 9 November lalu, pengadu telah membuat pembayaran sebanyak RM8,000 melalui pemindahan wang ke akaun yang dinyatakan.

Namun demikian, usaha pengadu untuk menghubung­i ejen terbabit selepas itu gagal memaksa dia membuat laporan polis kerana berasa tertipu.

Menurut Martin, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu di Balai Polis Samarahan dan kes telah dirujuk ke IPD Sibu kelmarin.

“Suspek telah memperdaya­kan pengadu untuk memasukkan wang ke dalam akaun miliknya bagi pakej pelanconga­n itu sememangny­a tidak wujud,” kata Martin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Suspek telah memperdaya­kan pengadu untuk memasukkan wang ke dalam akaun miliknya bagi pakej pelanconga­n itu sememangny­a tidak wujud.

Superinten­den Martin Koo Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia